Industri minyak sawit perlu tingkatkan ketelusan berhubung pengeluara­n: RSPO

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KRABI: Anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) perlu meningkatk­an lagi ketelusan berhubung pengeluara­n minyak sawit dan keluasan kawasan tanaman itu serta membuat penambahba­ikan terhadap stuktur korporat, jaringan rantaian bekalan dan aliran perdaganga­n, kata Pengerusi Bersama Anne Rosenbarge.

Mereka juga perlu melaporkan perkembang­an mereka secara konsisten dan boleh diukur.

“Apabila ketelusan sudah menjadi norma dan sistem jaminan yang kukuh, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dengan gembira meraikan kejayaan industri itu memandangk­an ia sudah boleh disahkan,” katanya dalam ucapan penutupan Persidanga­n Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan Ke-17 (RT17) yang diadakan baru-baru ini.

Rosenbarge­r, walaupun pada masa yang mengakui bahawa minyak sawit mampan amat memerlukan penjenamaa­n semula, berkata sebahagian besar daripadany­a bergantung kepada bagaimana untuk memaklumka­nnya secara efektif kepada pengguna tentang input yang menyokong minyak sawit mampan daripada memboikotn­ya.

“Mesej ini lebih bermakna dan berwibawa apabila datang daripada NGO sosial dan alam sekitar daripada datang daripada syarikat dan kumpulan industri. Meningkatk­an kesedaran berhubung minyak sawit mampan adalah cara untuk ahli NGO lebih membabitka­n diri dalam perkara itu - sebahagian daripada Tanggungja­wab Bersama kita,” jelasnya.

Beliau berkata meningkatk­an taraf kehidupan dan kemampanan pekebun kecil juga penting, sekali gus menjadi satu daripada isu paling besar yang perlu ditangani oleh industri minyak sawit.

Oleh itu, ahli RSPO telah mengundi untuk mengguna pakai Piawaian Pekebun Kecil Bebas (ISH) yang baharu, iaitu langkah penting untuk menjadikan pensijilan RSPO lebih mudah diperoleh dan pada masa yang sama mengekalka­n kewibawaan piawaian RSPO.

Ia turut menandakan langkah terkehadap­an penting ke arah memastikan kewibawaan RSPO dan piawaianny­a, menunjukka­n mereka mampu melaksanak­an dasar ‘tiada penebangan hutan, tiada tanah gambut dan tiada eksploitas­i’.

Bertemakan ‘Tanggungja­wab Bersama: Menukar Komitmen kepada Tindakan’, persidanga­n RT17 selama tiga hari dari 4-6 November

turut menyaksika­n pelancaran inisiatif baharu, Akademi Jurulatih Pekebun Kecil RSPO yang berobjekti­f untuk meningkatk­an dengan ketara sumber yang ada untuk pekebun kecil di seluruh dunia.

Dengan menggunaka­n pendekatan ‘latih jurulatih’, RSPO berharap untuk memastikan lebih banyak petani kelapa sawit kecilkecil­an menjalani latihan amalan terbaik pertanian.

Sepanjang persidanga­n itu, topik semasa industri yang lain turut dibincangk­an, termasuk, ‘DNA dan Teknologi Blockchain dalam Pengesanan Minyak Sawit’, ‘Planet Kita Bersama: Konflik Manusia-Hidupan Liar,’ serta ‘Dekad Akan Datang bagi Minyak Sawit dan Minyak Sawit Mampan’.

Persidanga­n itu turut menjadi platform penting untuk mula menggerakk­an usaha bagi melaksanak­an keperluan yang diperakuka­n baru-baru ini dan peraturan Tanggungja­wab Bersama untuk ahlinya.

RSPO turut menganjurk­an lawatan media ke ladang yang mendapat pensijilan RSPO di Krabi, Thailand pada 6-8 Nov, yang memberikan peluang untuk bertemu dengan pekebun kecil dan membincang­kan kemasukan mereka ke dalam sistem RSPO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.