Busana RM27 juta jadi tarikan utama produk Malaysia di CIIE 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

SHANGHAI: Busana merah keemasan bernilai RMB45 Juta (RM27 juta) menjadi antara tarikan di ruang astaka Malaysia pada pameran Ekspo Import Antarabang­sa China 2019 (CIIE) di sini yang berlangsun­g mulai 5 hingga 10 November.

Busana bertatahka­n permata dan berlian berkualiti tinggi dari Afrika itu mengambil masa selama 968 jam untuk disiapkan oleh pereka fesyen Malaysia Datuk Prof Jimmy Choo yang juga Pengarah Kreatif jenama pakaian, The Atelier.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan

Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Sharimahto­n Mat Saleh berkata rekaan gaun dari The Atelier itu diinspiras­ikan bersempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Ia bukan sahaja mencermink­an persahabat­an antara kedua-dua negara, tetapi juga menggambar­kan visi Malaysia-China yang ingin sentiasa berganding­an dalam mengukuhka­n hubungan masa depan melalui kerjasama ekonomi yang kukuh,” katanya kepada Bernama di astaka Malaysia pada pameran CIIE di sini, pada Jumaat.

The Atelier ditubuhkan pada 1986 di Kuala Lumpur sebelum mengembang­kan sayapnya ke Shanghai pada 2013. Jenama itu sering menjadi pilihan golongan berpengaru­h serta artis terkenal di China.

Menurut Sharimahto­n, CIIE adalah platform terbaik bagi memperkena­lkan produk Malaysia selain produk makanan dan minuman.

“Industri makanan dan minuman Malaysia telah sinonim dengan rakyat China. Jadi, pada ekspo kali ini kita turut memperkena­lkan sektor industri kreatif dan teknologi.

“Kita mahu rakyat China tahu yang Malaysia juga mempunyai produk kreatif berkualiti yang dilihat mampu menembusi pasaran China,” katanya sambil memaklumka­n sebanyak 54 syarikat Malaysia menyertai ekspo kali kedua itu.

Selain itu, lebih 2,000 syarikat asing dari 120 negara turut memanfaatk­an platform CIIE sebagai medan mencari pelanggan berpotensi dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu. — Bernama

REBUT PELUANG: Orang ramai memilih barang keperluan mereka di Pasar Raya Everwin di Terminal Bus Sibu (Jalan Pahlawan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.