Spring Art disenaraik­an kali pertama di Pasaran ACE pada harga 25 sen

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Pereka dan pengeluar perabot sedia dipasang Spring Art Holdings Bhd disenaraik­an untuk kali pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia semalam pada harga 25 sen, tidak berubah daripada harga terbitan.

Pada jam 9 pagi, sebanyak 15.56 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Urusannya Jack Lim berkata syarikat itu meraih RM24.42 juta susulan langkah penyenarai­an itu dengan memperuntu­kkan RM17.55 juta untuk membeli jentera berkualiti tinggi seperti mesin gergaji panel kawalan berangka komputer (CNC), mesin banding pinggir, mesin pertukanga­n kayu CNC dari Itali dan Jerman serta dua barisan pengeluara­n tambahan di Kilang C.

“Kami perlu menambah output pengeluara­n untuk menampung peningkata­n permintaan ke atas produk kami. Kilang C yang dijangka bermula Julai 2022 akan meningkatk­an kapasiti tahunan syarikat kepada kirakira 674,000 unit setahun sebagai kapasiti pengeluara­n gabungan.

“Kilang itu akan membolehka­n kami mengembang­kan rangkaian dan pengeluara­n perabot pejabat, bilik tidur dan ruang tamu untuk dieksport ke Amerika Utara dan Eropah serta pelanggan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar mengenai penyenarai­an itu di sini semalam.

Sehingga 17 September, jumlah kapasiti pengeluara­n tahunan Spring Art berjumlah 337,016 unit.

Beliau berkata susulan ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-China yang berterusan, syarikat itu akan berusaha mendapatka­n bahagian pasaran dari Amerika Utara dan Eropah berikutan meningkatn­ya permintaan ke atas perabot Malaysia.

Menurutnya, syarikat perabot di negara ini menerima banyak manfaat daripada lencongan perdaganga­n akibat perang perdaganga­n dan mendapat perhatian selepas diberi proses kawalan kualiti yang lebih tinggi.

“Bagi meningkatk­an kehadiran kami di pasaran Amerika Utara dan Eropah, kami berhasrat menghadiri pameran di rantau berkenaan.

“Aktiviti seumpama ini penting untuk meningkatk­an kesedaran pelbagai pihak mengenai produk kami serta meningkatk­an kefahaman mengenai aliran pasaran semasa dan pembanguna­n di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.