China selar penunjuk perasaan Hong Kong sebagai ‘samseng’

Selepas seorang ahli politik pro-Beijing cedera dalam serangan pisau

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

BEIJING: China telah menyelar penunjuk perasaan radikal di Hong Kong sebagai “samseng” yang menggunaka­n keganasan bagi mempengaru­hi pilihan raya tempatan yang akan datang, selepas seorang anggota perundanga­n proBeijing tercedera dalam satu kejadian tikaman.

Hab kewangan antarabang­sa itu telah digegarkan oleh bantahan besar dan semakin ganas selama lima bulan bagi menyeru kebebasan demokratik yang lebih besar dan akauntabil­iti di pihak polis.

Dengan Beijing dan pemimpin kurang popular di Hong Kong, Carrie Lam menolak untuk menawarkan satu solusi politik terhadap penderitaa­n penunjuk perasaan, keganasan telah menular di kalangan keduadua belah pihak yang berbeza ideologi.

Dalam insiden terbaharu, seorang lelaki membawa jambangan bunga telah menghampir­i anggota perundanga­n pro-Beijing Junius Ho pada pagi Rabu ketika ahli politik itu sedang berkempen di konstituen­sinya berhampira­n sempadan dengan China.

Serangan itu “bukan hanya satu tindakan jenayah yang serius namun juga keganasan pilihan raya yang sebenarnya,” kata Xu Luying, jurucakap Pejabat Hal-Ehwal Hong Kong dan Macau bagi kerajaan pusat di China kelmarin, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Xu menyatakan penunjuk perasaan radikal di Hong Kong “berniat untuk mencetuska­n ‘kesan yang menakutkan’ dengan mengugut dan menggertak calon-calon dan penyokong China”, bertujuan untuk “mempengaru­hi keputusan pilihan raya bagi majlis daerah dan merealisas­ikan niat mereka untuk merampas kuasa politik”.

Xu turut menyeru “hukuman berat” bagi keganasan di Hong Kong dan “persekitar­an yang adil, tenang, selamat dan teratur” bagi pilihan raya daerah, dijangka diadakan pada 24 November ini.

Pada Oktober, aktivis demokrasi Joshua Wong telah dihalang dari bertanding untuk satu kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Seorang pegawai pilihan raya memutuskan bahawa konsep kesungguha­n diri yang disokong oleh parti Wong, Demosisto, bertentang­an dengan Undang-Undang Asas, perlembaga­an mini di Hong Kong.

Sementara itu, tabloid Global Times yang dikendalik­an oleh kerajaan China semalam menyamakan beberapa pelajar yang menunjuk perasaan ketika forum universiti baru-baru ini di bandar raya itu dengan “radikal ketika Revolusi Budaya”.

Satu perbalahan meletus melibatkan sekumpulan pelajar termasuk sekurangku­rangnya seorang dipercayai berasal dari tanah besar China di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST) pada Rabu lepas, lapor South China Morning Post.

Ketegangan meletus ketika satu forum di mana presiden HKUST Wei Shyy menyatakan beliau akan mengecam pihak polis sekiranya mereka didapati menyebabka­n kematian seorang pelajar yang terjatuh dari ketinggian empat meter pada Isnin lepas, kata SCMP.

Global Times menyatakan pelajar tempatan yang terlibat dalam ketegangan telah “dipengaruh­i pemikiran dari segi politik, hampir kehilangan kemampuan untuk berfikir secara bebas” dan membayangk­an seorang pelajar telah menipu ditolak oleh pelajar dari tanah besar dengan niat untuk menghasut keganasan terhadap penduduk tanah besar.

Tabloid nasionalis itu memberi amaran bahawa “Hong Kong berada dalam keadaan merosot” dan beberapa universiti di bandar raya itu tidak akan terus berkembang tanpa sokongan dari tanah besar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.