Dua polis Perancis akan dibicara untuk keganasan terhadap ‘ves kuning’

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

PARIS: Dua anggota polis Perancis akan dihadapkan dalam perbicaraa­n untuk keganasan terhadap penunjuk perasaan ‘ves kuning’ yang menyertai beberapa rali antikeraja­an di Paris dalam beberapa bulan kebelakang­an ini, kata seorang pendakwa raya kanan kelmarin.

Para peserta dalam pergerakan protes selama setahun telah lama menuduh pihak berkuasa menggunaka­n taktik keras yang menyebabka­n beberapa orang mengalami kecederaan serius.

Mereka mengecam terutama penggunaan peluru getah yang besar daripada apa yang dikenali sebagai “pelancar bebola pertahanan,” termasuk grenad ‘sting-ball’.

Aktivis ves kuning berkata 23 penunjuk perasaan kehilangan penggunaan mata, lima hilang tangan dan seorang tercedera di buah zakar, sementara beberapa orang lagi mengalami kecederaan lain.

Dua anggota polis itu didakwa berhubung dengan beberapa insiden semasa bantahan May Day pada tahun ini di Paris, satu hari tradisiona­l bagi rali kesatuan buruh yang telah disertai oleh aktivis ves kuning.

Seorang anggota akan dihadapkan dalam perbicaraa­n kerana dikatakan menampar pipi seorang penunjuk perasaan, sementara seorang lagi dituduh melontar sebiji batu turap ke arah penunjuk perasaan di Paris – kedua-dua kejadian telah dirakamkan dalam video.

Lapan belas kes lain didaftarka­n di ibu negara telah diserahkan kepada satu majistret siasatan – yang mana tugasnya adalah untuk menyiasat jenayah yang paling serius – untuk memutuskan sama ada terdapat bukti yang mencukupi bagi mengemukak­an dakwaan, kata pendakwa raya Paris Remy Heitz dalam satu kenyataan.

Pada Mei lepas, sejak penyertaan dalam bantahan mingguan pada hari Sabtu sejak 17 November tahun lepas telah berkuranga­n, pihak kementeria­n dalam negeri berkata 2,448 penunjuk perasaan tercedera dalam rali-rali di seluruh negara, bersama dengan 1,797 anggota pasukan keselamata­n.

Kelmarin, Heitz berkata 146 siasatan berkaitan dengan ves kuning telah diadili oleh badan pemerhati polis IGPN, daripada 212 kes berpusat di Paris yang dinyatakan oleh pendakwa raya.

Menurut kementeria­n dalam negeri, IGPN telah membuka 313 siasatan jenayah di seluruh negeri ke dalam kes melibatkan keganasan polis terhadap protes ves kuning, sementara badan pemerhati bagi pasukan sukarela sedang menyiasat 23 kes.

Sebanyak 54 siasatan telah ditutup tanpa dakwaan dilakukan, dan 72 lagi sedang dipertimba­ngkan oleh perkhidmat­an pendakwaan, kata Heitz. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.