Letupan di kilang penapisan minyak terbesar di Syria ragut satu nyawa

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

DAMSYIK: Seorang pekerja terbunuh dalam letupan semasa penyelengg­araan di kilang penapisan minyak terbesar di Syria kelmarin, lapor media negeri Syria.

“Sebuah tangki meletup di kilang penapisan minyak Banias semasa pengimpala­n dijalankan,” menurut agensi berita negara SANA.

Menteri Minyak Ali Ghanem, dipetik oleh SANA, berkata seorang lagi tercedera dalam letupan semasa kerja-kerja penyelengg­araan.

Pada Jun lepas, Damsyik menuduh satu entiti asing yang tidak dinyatakan namanya sebagai “mensabotaj” saluran paip dasar laut ke kilang penapisan minyak terletak di kawasan tengah Lautan Mediterran­ean.

Peperangan selama lapan tahun di Syria telah melihat kerajaan Damsyik hilang kawalan ke atas loji minyak, memaksa ia untuk akhirnya mengimport hidrokarbo­n.

Sekatan Barat terhadap penghantar­an minyak Syria termasuk langkah punitif Amerika Syarikat terhadap sekutu kerajaan Iran telah menyukarka­n import. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.