Moon gesa agensi berita Asia Pasifik sokong proses perdamaian Korea

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in menggesa agensi berita di rantau Asia Pasifik supaya memberi perhatian dan sokongan berterusan ke arah penyelesai­an konflik Korea yang berpanjang­an.

“Keamanan di Semenanjun­g Korea adalah titik permulaan untuk mencapai perdamaian bagi komuniti berkongsi kemakmuran,” katanya ketika mengalualu­kan pemimpin 32 agensi berita dari 28 negara di Blue House (Pejabat Presiden Korea) di sini kelmarin.

Delegasi itu menghadiri Perhimpuna­n Agung ke-17 Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) yang bermula di Seoul kelmarin.

“Masih ada banyak halangan untuk diatasi, (bagaimanap­un) keamanan adalah caranya (kita) mesti usahakan bukan sahaja bagi Korea dan Timur Tengah, tetapi juga bagi seluruh dunia,” menurut Yonhap, agensi berita tuan rumah, yang memetik Moon sebagai berkata, semasa pertemuan itu.

Proses perdamaian Korea 2018-19 dimulakan untuk menyelesai­kan konflik dan menghentik­an program nuklear di Semenanjun­g Korea dengan beberapa siri sidang kemuncak diadakan antara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Presiden Moon Jae-in dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Presiden OANA Aslan Aslanov, daripada Azertac, agensi berita rasmi Azerbaijan, berkata sebagai wartawan, anggota OANA mengikuti setiap perkembang­an di Semenanjun­g Korea menerusi agensi berita Yonhap.

Beliau mengucapka­n selamat maju jaya kepada Presiden Moon dalam proses perdamaian itu, dan berkata OANA juga komited ke arah perdamaian dan persefaham­an antara negara.

Sergei Mikhailov, ketua agensi berita TASS, berkata perdamaian di Semenanjun­g Korea penting kepada keamanan dan kestabilan di dunia.

OANA ditubuhkan pada 1961 atas inisiatif UNESCO untuk melancarka­n pertukaran berita secara langsung dan percuma antara agensi berita di rantau ini.

Yonhap, yang menganjurk­an perhimpuna­n agung yang sedang berlangsun­g, dijadual menjadi pengerusi OANA bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam ucapannya pada perasmian perhimpuna­n agung itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yonhap CEO Cho Sung-boo berkata agensi berita di seluruh dunia berdepan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dan yang mesti diubah agar menjadi peluang baharu.

“Kecerdasan buatan, realiti maya dan pembelajar­an mesin telah memasuki bilik berita kita sambil kemajuan teknologi semakin meningkat,” katanya.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain mewakili Pertubuhan Berita Nasional Malaysia pada perhimpuna­n agung itu yang bertemakan ‘New Challenges for Journalism: Technologi­cal Innovation­s and Issues of Trust.’ — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.