Pendidikan adalah asas, kunci kehidupan: Jugah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LUBOK ANTU: Pendidikan adalah asas dan kunci utama kehidupan masa kini, kata Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang.

Beliau berkata, tanpa ilmu pengetahua­n sukar bagi masyarakat meneruskan kehidupan pada masa hadapan.

Oleh yang demikian katanya, adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa memberikan pendidikan terbaik kepada anak anak.

“Jangan menganggap memberi pendidikan kepada anak-anak suatu perkara yang membebanka­n sebaliknya ia adalah pelaburan untuk masa depan.

“Anak-anak adalah aset penting bagi sesebuah keluarga dan harus digilap dari peringkat awal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu di Dewan Pemanca Chua Teng Yew di sini, semalam.

Terdahulu, Pegawai KEMAS Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan berkata seramai 52 kanak kanak dari 25 tabika dan dua taska KEMAS di daerah tersebut menerima hadiah dan sijil masing masing pada majlis itu.

Beliau menambah, majlis tahunan itu bertujuan memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada kanakkanak yang akan melangkah ke sekolah rendah tahun depan.

Hadir sama Penyelia Kanak KEMAS Parlimen Lubok Antu Kumpang Datuk Tutong.

Pada majlis itu, Jugah turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM20,000 kepada KEMAS Lubok Antu bagi pelaksanaa­n aktiviti tahun depan.

TAHNIAH: Jugah (dua kanan) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak sambil diperhatik­an Kumpang (kanan), Marinda (dua kiri) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.