79 murid Tahun 6 Sarikei sertai Program Pasca UPSR 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SARIKEI: Seramai 79 murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sarikei menyertai Program Pasca UPSR 2019 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarikei, semalam.

Antara objektif program tersebut ialah mengisi masa dengan aktiviti menarik dan menggalakk­an interaksi sosial secara positif, semangat bekerjasam­a dan setiakawan dalam kumpulan serta menerapkan ciri-ciri kepimpinan.

Selain itu, ia bertujuan mengasah bakat, menonjolka­n kreativiti dan kemahiran dalam kalangan murid.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu, antaranya ceramah jenayah remaja oleh Inspektor Mohd Fauzi Mustapha dan kuiz.

Ceramah jenayah remaja adalah salah satu cara pihak polis membantu pencegahan jenayah dalam kalangan remaja sekolah yang kian membimbang­kan para guru dan ibu bapa.

Program itu diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang agar mereka bersedia dari segi jasmani dan rohani sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.

Menerusi sesi kuiz, muridmurid yang berjaya menjawab setiap soalan yang diketengah­kan dengan betul turut menerima hadiah.

Hadir sama Guru Besar Awangku Suhaili Awangku Mahmud dan penyelaras program Pasca UPSR 2019 Julia Tan Siew Luan.

BERMAKLUMA­T: Murid-murid mendengar dengan teliti ceramah yang disampaika­n oleh Inspektor Mohd Fauzi Mustapha pada Program Pasca UPSR 2019 di SK Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.