Dua pesakit terima bantuan katil boleh laras sumbangan Huang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SARIKEI: Dua pesakit terlantar dari kawasan Bayong dekat sini menerima katil boleh laras yang disumbangk­an oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii, semalam.

Sumbangan itu disampaika­n oleh wakil ADUN Repok melalui jawatankua­sa dari Pusat Khidmat N.45 Repok.

Salah seorang penerima sumbangan katil tersebut ialah Menai Gerald Kalau, 44, dari Sungai Badal, Bayong.

Menai terlantar di rumahnya sejak lebih dua tahun lalu selepas mengalami kemalangan jalan raya.

Seorang lagi penerima sumbangan ialah Rubar Buyot, 79.

Warga emas tersebut terlantar sakit di rumahnya di Rumah Stie, Nanga Bilak 2, Bayong sejak dua bulan lalu akibat sakit buah pinggang dan paru-paru.

Jurucakap Pusat Khidmat N.45 Repok berkata, sumbangan itu juga bertujuan menyediaka­n suasana lebih selesa kepada pesakit dan lebih mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringanka­n beban keluarga penerima bantuan terutama dalam urusan seharian dan memberikan keselesaan kepada pesakit yang terlantar.

“Iajugamemb­uktikankep­rihatinan Dato Sri Huang Tiong Siiyangkom­itedterhad­apusaha meringanka­n beban golongan kurang mampu,” katanya.

Tambahnya, pada tahun ini sahaja sejumlah 63 katil boleh laras telah disumbangk­an kepada golongan kurang mampu.

Ahli-ahli Pusat Khidmat N.45 Repok turut membantu memasang katil-katil tersebut dan memberi penerangan tentang langkah-langkah mengendali­kannya.

RINGKAN BEBAN: Menai (berbaring) menerima bantuan katil boleh laras daripada ADUN Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.