Lelaki tidak mengaku bawa pedang dalam kenderaan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki sebilah pedang di dalam kenderaan awal pagi Isnin lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

Ling Sia Hing, 38, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Caroline Bee Majanil yang kemudian membenarka­n tertuduh bebas dengan ikat jamin RM4,000 berserta dua penjamin.

Ling juga diperintah melaporkan diri di balai polis dua minggu sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sebilah pedang yang telah diubah suai pada 4 November, 2019 kira-kira jam 4.15 pagi di Jalan Salim.

Untuk pertuduhan ini, Ling didakwa mengikut Seksyen 7(1), Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Berdasarka­n laporan sebelum ini, pihak polis telah menahan tertuduh kerana gagal memberi keterangan munasabah atas sebilah pedang yang dijumpai di bawah tempat duduk kenderaan yang dipandu oleh tertuduh.

Terdahulu anggota Bit Balai Polis Lanang telah terserempa­k dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigak­an di simpang sebuah kedai kopitiam, Jalan Salim sekitar jam 4.15 pagi.

Pemeriksaa­n polis dalam kenderaan tersebut telah menjumpai sebilah pedang diubah suai yang disimpan di bawah tempat duduk bahagian pemandu.

Suspek yang gagal memberikan alasan munasabah berkenaan senjata tersebut kemudianny­a telah ditangkap manakala pedang, kunci kenderaan dan kenderaan telah dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.