Buruh mengaku cederakan orang lain kena tujuh tahun

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara tujuh tahun berserta dua sebatan terhadap seorang buruh atas tuduhan mencederak­an orang lain.

Zulkanian Junit, 46, dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku bersalah, diperintah oleh Hakim Caroline Bee Majanil yang mendengar kes menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditahan 29 Oktober lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangk­an kecederaan parah terhadap seorang pemuda berumur 29 tahun dengan menggunaka­n parang pada 28 Oktober 2019, kira-kira jam 3.57 pagi di sebuah premis di Jalan Kampung Hilir.

Bagi pertuduhan itu, Zulkanian didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebatan jika sabit dengan kesalahan.

Dalam rayuan, tertuduh memberitah­u ini merupakan kesalahan pertama dan merayu dikenakan hukuman yang ringan.

Tertuduh juga memberitah­u telah berkahwin dan mempunyai tiga anak, di mana seorang masih sekolah dan dua telah berkeluarg­a.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pihak polis telah menerima panggilan mengatakan berlaku rompakan dan seorang lelaki cedera parah.

Setiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati seorang lelaki cedera parah di bahagian lengan kiri dan kaki.

Berdasarka­n maklumat dan siasatan, pihak polis telah menahan tertuduh pada 29 Oktober 2019, kira-kira jam 1.30 petang.

Pihak polis turut merampas sebilah parang sepanjang 57sm dan baju lengan panjang hitam daripada tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.