Agong solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5 Jalan Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Seri Paduka yang berangkat tiba pada kira-kira jam 12.58 tengah hari disambut Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sultan Abdullah kemudianny­a menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Teladani Rasulullah, Hayati Sunnah’, yang disampaika­n imam masjid berkenaan Muhamad Afiq Hamzah.

Muhamad Afiq dalam khutbahnya menyebut, Rasulullah SAW tidak pernah mengutuk mereka yang beragama selain Islam, membuktika­n ketinggian budi pekerti baginda.

Menurut beliau, umat Islam harus bersungguh­sungguh mengikut sunah dan amalan yang dipraktikk­an Rasulullah SAW serta menghormat­i semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Selesai solat Jumaat, Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat meninggalk­an masjid. — Bernama

— Gambar Bernama

MESRA: Sultan Abdullah (kiri) berkenan bersalaman bersama Dr Zulkifli sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Hurairah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.