Bantuan lunas PTPTN langkah tepat GPS

Hutang PTPTN amat membeban golongan muda di negara ini termasuk anak Sarawak

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Reno Benjamin

SIBU: Inisiatif kerajaan GPS memperuntu­kkan RM30 juta menerusi Belanjawan Negeri 2020 untuk membantu graduan anak Sarawak membayar balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu tindakan yang tepat.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berterima kasih kepada kerajaan negeri atas peruntukan tersebut.

“Inisiatif murni itu sudah cukup jelas menunjukka­n kerajaan GPS bukan hanya

Exco Pemuda PRS

bercakap kosong menabur janji-janji manis, sebaliknya benar-benar ingin membantu setiap lapisan masyarakat tidak kira di bandar mahupun luar bandar,” ujarnya.

Menurut Kanyan, hutang PTPTN amat membebanka­n golongan muda di negara ini termasuk anak Sarawak.

“Bagi graduan yang baharu mendapat pekerjaan, mereka terpaksa berjimat cermat untuk perbelanja­an harian.

“Dengan peningkata­n kos sara hidup yang tinggi, tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka memperoleh­i gaji yang tidak sampai hingga hujung bulan.

“Masalah lebih serius ada antara mereka yang masih belum mendapat pekerjaan,” jelasnya sambil menambah, inisiatif kerajaan itu memberi sinar dan nafas baharu kepada anak Sarawak.

Justeru, beliau mewakili golongan graduan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin amat berbesar hati dan menyampaik­an ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kami sentiasa berdiri teguh di bawah naungan kerajaan GPS demi membela nasib anak Sarawak,” ujarnya.

Dengan peningkata­n kos sara hidup yang tinggi, tidak dinafikan ada dalam kalangan mereka memperoleh­i gaji yang tidak sampai hingga hujung bulan.

Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing

KANYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.