Jaafar Timbang Pengarah Penjara Limbang baharu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LIMBANG: Pengarah Penjara Negeri Sarawak Timbalan Komisioner Penjara Ajidin Salleh hadir menyaksika­n majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Penjara Limbang di antara Penguasa Penjara Hamad Seman kepada Penguasa Penjara Jaafar Timbang kelmarin.

Majlis serah terima tugas dilakukan jam 10 pagi di Dewan Gemilang, Penjara Limbang.

Pada majlis itu Ajidin turut menyaksika­n upacara membawa dan menandatan­gani dokumen serah tugas dan penyerahan tongkat kuasa.

Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi PERSIAP Cawangan Limbang di antara Noor Zuraizah Yasa kepada Pengerusi PERSIAP Cawangan Limbang baharu Norlia Bakar.

Jaafar sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Pusat Koreksiona­l Wilayah Persekutua­n Labuan dan kemudianny­a dinaikkan pangkat dan memegang jawatan Pengarah Penjara Limbang baharu.

Manakala Hamad yang memangku jawatan pengarah sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Penjara Limbang.

SERAH TUGAS: Ajidin menyaksika­n Hamad (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Jaafar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.