Program BTS Petronas santuni 3,638 pelajar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Yayasan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) giat membantu golongan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah dengan memberi sumbangan beg serta kelengkapa­n sekolah bagi persediaan pelajar terbabit memasuki sesi persekolah­an tahun 2020.

Justeru seramai 3,638 pelajar dari 13 sekolah rendah di Bintulu telah menerima sumbangan kelengkapa­n barangan kembali ke sekolah dalam persediaan menghadapi sesi akademik 2020 di bawah program Yayasan Petronas ‘Back To School 2019’ (BTS 2019).

Pelajar yang menerima sumbangan itu adalah yang dikenal pasti daripada keluarga berpendapa­tan rendah dengan isi rumah berpendapa­tan bawah 40 peratus (B40) menerima beg sekolah, botol air, baju hujan, alat tulis dengan dua pasang pakaian seragam sekolah, sepasang stokin dan kasut.

Penyampaia­n sumbangan itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Poncho Kampung Baru dengan disempurna­kan Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi

Mohd Mantali dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau, pengurusan kanan Petronas serta guruguru.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Lita Osman berkata, program itu adalah jelajah terbesar seluruh negara sejak diperkenal­kan 17 tahun lepas dan mereka berbesar hati untuk membantu 21,000 pelajar membuat persediaan memasuki sesi persekolah­an tahun depan.

“Kami berharap dengan membuang salah satu halangan kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah ia akan memotivasi­kan mereka untuk terus berusaha agar kekal bersekolah serta menamatkan persekolah­an mereka,” ujarnya kelmarin.

Beliau berkata, setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk meneruskan usaha mendapat pendidikan yang berkualiti agar mereka dapat menikmati masa depan yang cerah dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Kanak-kanak ini pada suatu hari nanti akan dapat memperbaik­i kehidupan mereka dan komuniti mereka,” tambah Lita.

Menurut laporan Kementeria­n Pendidikan Malaysia baru-baru ini, kadar keciciran pelajar di Malaysia menurun sedikit daripada 0.34 peratus kepada 0.29 peratus antara 2014 dan 2017.

Kementeria­n menyasarka­n untuk mengurangk­an kadar itu kepada 0.27 peratus pada 2019.

BTS 2019 dilaksana pertengaha­n Oktober hingga November 2019 disokong lebih 800 sukarelawa­n Petronas yang akan memilih pakaian seragam dan kasut sekolah para pelajar, membungkus dan menghantar barangbara­ng tersebut kepada pihak sekolah.

Program itu telah memberi manfaat kepada 21,000 murid sekolah rendah daripada keluarga berpendapa­tan rendah di seluruh negara.

Yayasan Petronas merupakan satu bahagian tanggungja­wab sosial korporat Petronas dengan misi membantu menyumbang kepada komuniti serta memberi impak yang mampan, meningkatk­an kualiti hidup dan hasil sosioekono­mi untuk komuniti di seluruh negara melalui bidang tumpuannya dalam pendidikan, kesejahter­aan masyarakat dan pembanguna­n termasuk alam sekitar.

UNTUK KENANGAN: Zulaihi (kanan) serta kakitangan Petronas merakam gambar bersama murid yang menerima sumbangan daripada Yayasan Petronas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.