JaPen Sarawak anjur Malam Kenangan Terindah 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Sarawak telah menganjurk­an Malam Kenangan Terindah 2019 di Dewan Sri Bunga Rampai di sini, malam kelmarin.

Penganjura­n majlis tersebut adalah bagi memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada semua pemenang yang terlibat dengan pertanding­an anjuran JaPen, selain menghargai jasa dan sumbangan sosial beberapa penerima anugerah dan penghargaa­n khas.

Kakitangan jabatan yang cemerlang dalam pelaksanaa­n tugas sepanjang tahun 2019 juga diberikan pengiktira­fan dan penghargaa­n.

Seramai 38 penerima menerima hadiah dan anugerah bagi lapan kategori yang merangkumi Penghargaa­n Nilai Murni, Penghargaa­n Good Samaritan, Penyampaia­n Hadiah

Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2019, Anugerah Inovasi JaPen Sarawak 2019 dan Penghargaa­n kepada anggota JaPen Sarawak 2019.

Lebih daripada 250 jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, para pemenang dan penerima anugerah serta anggota JaPen telah hadir bagi memeriahka­n majlis pada malam tersebut.

Turut hadir Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak Datuk Norhyati Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Multimedia Group Sharbini Hamden, Pengarah Politeknik Kuching Jamaliah Ahmad, Pengurus Pos Malaysia Wilayah Sarawak Bong Tung Hui serta tetamu-tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.