Isu kesukaran hamil dibincang di Pustaka Miri pada 14 November

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Pustaka Miri dan Hospital Miri akan menganjurk­an ceramah tentang kesukaran hamil pada 14 November ini bermula jam 2.30 petang.

Aktiviti dua jam itu akan dikendalik­an Pakar Sakit Puan dan Pakar Obstetrik

Hospital Miri Dr Nik Azi Azuha Nik Hassan.

Peserta akan didedahkan tentang pendekatan dan rawatan perubahan menangani masalah ini.

Ia terbuka kepada wanita dan mereka yang berminat tentang isu ini.

Turut diadakan ialah pameran, konsultasi, klinik bergerak LPPKN, pendaftara­n subsidi untuk ujian mamogram dan pap smear, perkhidmat­an MamaCare dan pendaftara­n SarawakID untuk didaftarka­n sebagai ahli Pustaka.

Penyertaan adalah percuma namun tempat duduk adalah terhad.

Pendaftara­n diterima di kaunter perkhidmat­an Pustaka, melalui telefon atau e-mel.

Untuk maklumat lanjut serta berkaitan pendaftara­n, sila hubungi Norayah Adenan, Affendi Iezara di talian 085-422525 atau e-mel [email protected] atau [email protected]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.