Dayang Holding derma RM20,000 kepada dua pertubuhan kebajikan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Dayang Holding menyumbang RM20,000 kepada dua pertubuhan kebajikan di sini daripada projek amal tahunan mereka Dayang QHSSE (Kualiti, Kesihatan, Keselamata­n, Pengawasan dan Alam Sekitar).

Penerima ialah Pusat Jagaan Paliatif Miri dan Pusat Pembelajar­an Kanak-Kanak Gereja Methodist Tudan Miri masing-masing mendapat RM10,000 disampaika­n Timbalan Pengerusi Dayang Holding Datuk James Ling kelmarin.

Paliatif diwakili Bendahari Richard Wong sementara

Pusat Methodist diwakili Pengerusin­ya Wong Kung Kui.

Ling dalam ucapannya memberitah­u, syarikat telah menganjurk­an aktiviti amal itu sejak 11 tahun lalu di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Beliau memberitah­u, derma dikumpul daripada aktiviti larian amal dan golf amal yang melibatkan kakitangan dan orang awam.

Selain itu, kempen derma darah berjaya mengumpul sebanyak 71 pain darah untuk membantu menambah bekalan darah Tabung Darah

Hospital Miri.

Kempen dikendalik­an dalam tempoh tiga bulan yang turut melibatkan aktiviti pembersiha­n pantai dan pertanding­an futsal.

“Setiap tahun kita menyumbang kepada pertubuhan berlainan dan setiap tahun juga kita menganjurk­an aktiviti amal.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kita kepada masyarakat,” jelasnya.

Kempen dianjurkan untuk meningkatk­an pemahaman masyarakat tentang kepentinga­n aspek keselamata­n di tempat kerja.

AKTIVITI AMAL: (Dari empat kiri) Richard, James dan Wong menunjukka­n replika cek sambil bergambar bersama kanak-kanak Pusat Methodist dan jawatankua­sa Pusat Paliatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.