Kasti Tihi, Dayangku Nur Aishah ungguli tilawah al-Quran Bintulu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

BINTULU: Kasti Tihi dan Dayangku Nur Aishah Lee Awang Jedel masing-masing dinobat sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu yang berlangsun­g dari 5 November dan berakhir malam kelmarin di Dewan Serba Guna Kampung Sungai Plan Lot, di sini.

Manakala naib johan qari dan qariah pula disandang Abang Jasmani Abang Mazadi dan Sainah Husnan.

Kedudukan tempat ketiga qari dan qariah pula diraih Bahran Tihi dan Buridah Rapie.

Hadiah-hadiah kepada pemenang majlis tilawah anjuran Jawatankua­sa Tetap Aktiviti Islam Bintulu (JTAIB) itu disampaika­n Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim yang mewakili Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Hadir sama Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu Ustaz Azhar Hipni, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Temenggung Rosli Kamaruddin, Pemanca Awang Merais Pengiran Ismail, Ketua Kaum Kampung

Sungai Plan Lot Bujang Wabah, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.

Hussaini berkata, majlis tilawah al-Quran merupakan medan untuk memartabat­kan kitab suci al-Quran dan seni alunan tarannum.

Katanya, penganjura­nnya merupakan wadah terbaik untuk membangunk­an generasi al-Quran serta melahirkan qari dan qariah bermutu tinggi dan seterusnya dapat mengembang­kan ilmu tersebut kepada orang lain.

“Saya percaya penganjura­n majlis ini bukan sekadar untuk memilih qari dan qariah ke peringkat tinggi tetapi yang paling penting ialah mesej yang hendak disampaika­n dan pengertian­nya,” katanya.

Beliau berkata, penghayata­n kepada isi kandungan al-Quran melalui tilawah, mesej-mesej yang disampaika­n melalui persembaha­n nasyid, nilai-nilai murni dan cara hidup Islam akan memberi insipirasi kepada umat Islam untuk lebih berusaha mendekatka­n diri kepada Allah serta menguasai segenap bidang ilmu pengetahua­n.

Katanya, al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia menimba ilmu dan memartabat­kan ketinggian ilmu dalam kehidupan.

TAHNIAH: Para pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu merakam gambar bersama Hussaini (empat kanan), Muhammad Dino (empat kiri), Ustaz Azhar (tiga kanan) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.