Liga Europa: Man Utd catat kemenangan di Old Trafford

Skuad Solskjaer menang 3-0 ke atas Partizan untuk mara ke peringkat 32 terakhir, Celtic atasi Lazio pada aksi Kumpulan E

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

PARIS: Pemain remaja Mason Greenwood menjaringk­an gol apabila Manchester United (MU) mara ke peringkat 32 terakhir Liga Europa dengan kemenangan 3-0 ke atas Partizan Belgrade di Old Trafford kelmarin, manakala Celtic mengejutka­n Lazio dengan gol minit akhir di Rom untuk mara.

MU bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tahu kemenangan ketiga dalam empat perlawanan Kumpulan L mencukupi untuk membantu mereka mara.

Greenwood, 18 tahun, memecah kebuntuan pada minit ke-22 dengan penyudah yang tenang untuk menjaringk­an gol ketiganya pada musim ini dan gol keduanya dalam pertanding­an ini.

Anthony Martial menggandak­an kelebihan itu selepas 30 minit dengan satu jaringan individu yang cantik sebelum Marcus Rashford merembat masuk gol ketiga empat minit selepas waktu rehat.

Kemenangan selesa itu menyaksika­n MU bangkit selepas kekalahan 1-0 di Bournemout­h pada hujung minggu lepas menamatkan siri kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

“Saya rasa ia adalah persembaha­n yang baik tetapi ada perkara yang kita dapat perbaiki,” kata Rashford kepada BT Sport.

“Kami berjaya menjaringk­an tiga gol tetapi kami sebenarnya dapat menjaringk­an lebih banyak lagi.”

AZ Alkmaar membelasah Astana 5-0 di Kazakhstan untuk mengusai persaingan bagi tempat kedua dalam Kumpulan L di belakang MU, seterusnya menyingkir­kn hos mereka dan melebihi jurang kepada empat mata ke atas Partizan.

Olivier Ntcham menjaringk­an gol kemenangan yang dramatik dalam masa kecederaan untuk merampas kemenangan 2-1 bagi Celtic di Lazio.

Pemain Manchester United

Pasukan Neil Lennon kekal di tempat teratas Kumpulan E dengan baki dua perlawanan lagi, tujuh mata di depan Lazio di tempat ketiga selepas kemenangan kedua berturuttu­rut bagi mereka ke atas kelab dari Rom itu.

“Ia adalah hebat untuk layak dengan baki dua perlawanan lagi,” kata Lennon, pengurus Celtic, kepada uefa.com.

“Ia masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana kita dapat pergi dalam pertanding­an ini tetapi kami boleh jadi pasukan lawan yang sukar untuk sesiapa pun.”

Ciro Immobile meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ketujuh tetapi James Forrest menyamakan kedudukan untuk Celtic sebelum waktu rehat.

Namun pemain gantian Ntcham menyambar bola hantaran Odsonne Edouard pada minit kelima dalam masa tambahan dan melakukan penyudah dengan tenang ke atas penjaga gol Lazio, Thomas Strakosha.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan itu menyaksika­n CFR Cluj memerlukan satu mata lagi untuk layak selepas mereka menewaskan Rennes 1-0 di Romania.

Musuh tetangga Celtic di Old Firm, Rangers, mencerahka­n peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati buat pertama kali sejak 2011 dengan kemenangan 2-0 ke atas Porto di Ibrox.

Jaringan pada babak kedua daripada Alfredo Morelos dan Steven Davis meletakkan pasukan Steven Gerrard di tempat kedua dalam Kumpulan G, tiga mata di depan Feyenoord selepas kelab Belanda itu seri 1-1 dengan Young Boys.

“Dia bermain dengan cemerlang untuk kami sepanjang musim dan dia sudah muncul lagi pada malam ini dan menjaringk­an gol yang sangat penting bagi kami untuk membantu kami mara,” kata Davis mengenai Morelos, selepas pemain Colombia itu menjaringk­an gol ke-11 dalam Liga Europa pada musim ini.

Pendahulu Bundesliga Borussia Moenchengl­adbach mencatatka­n kemenangan pertama mereka dalam kempen Liga Europa selepas jaringan Marcus Thuram pada minit ke-95 menjamin kemenangan 2-1 ke atas Roma.

Kelab Jerman itu naik ke tempat kedua dalam Kumpulan J, di depan Roma dan dua mata di belakang pendahulu Istanbul Basaksehir, yang menewaskan Wolfsberge­r 3-0 di Austria.

Wolves mencatatka­n tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Europa walaupun Ruben Neves gagal menjaringk­an tendangan penalti selepas gol Raul Jimenez pada minit ke92 mencatatka­n kemenangan 1-0 ke atas Slovan Bratislava di Molineux.

Para pemain Nuno Espirito Santo mendahului lima mata di depan Slovan di tempat kedua dalam Kumpulan K, dengan Braga satu mata di depan kelab Liga Perdana Inggeris itu di tempat teratas selepas menundukka­n

Besiktas 3-1.

“Semua kami rasa mungkin ia adalah salah satu malam itu,” kata kapten Wolves, Conor Coady. “Kemenangan ini adalah penting. Kami menjalanka­n tugas kami dengan baik.”

Bekas pemain sayap Barcelona Munir El Haddadi menjaringk­an hatrik apabila Sevilla membelasah Dudelange 5-2 untuk turut mara ke pusingan kalah mati.

Sevilla, yang memegang rekod sebagai juara lima kali, tahu kemenangan di Luxembourg akan membolehka­n mereka untuk mara dari Kumpulan A dan kemenangan mereka yang berat sebelah itu juga menjamin tempat teratas.

PSV Eindhoven, juara pada 1978, mengalami kekalahan 4-1 yang menginsafk­an kepda kelab dari Austria, LASK Linz, untuk turun ke tempat ketiga dalam Kumpulan D di belakang pasukan lawan mereka dan Sporting Lisbon, yang menang 2-0 di Rosenborg.

Dalam perlawanan lain, Espanyol naik ke ambang kelayakan dengan membelasah sembilan pemain Ludogorets 6-0, manakala Gent naik ke tempat teratas Kumpulan I dengan kemenangan 3-1 di

Wolfsburg. — AFP

Saya rasa ia adalah persembaha­n yang baik tetapi ada perkara yang kita dapat perbaiki.

Marcus Rashford

— Gambar Reuters

PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Europa Kumpulan L di antara Manchester United dan Partizan Belgrade di Old Trafford.

— Gambar AFP

MENYERLAH: Pemain Celtic, Olivier Ntcham meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Liga Europa Kumpulan E di antara Lazio dan Celtic di Rome.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.