Dortmund sedia tambah masalah Bayern

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

BERLIN: Jurulatih Borussia Dortmund Lucien Favre berkata pasukannya tidak akan rugi apa-apa ketika mereka bersiap sedia untuk memburukka­n lagi masalah juara Bundesliga yang dilanda krisis Bayern Munich di Allianz Arena pada malam ini (Sabtu).

Niko Kovac dipecat Ahad lepas sebagai jurulatih Bayern ekoran kekalahan 5-1 di Eintracht Frankfurt, dan Hansi Flick mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara bagi dua perlawanan.

Bekas penolong jurulatih Jerman itu menyaksika­n kemenangan 2-0 pada pertengaha­n minggu ini ke atas Olympiakos yang menjamin tempat pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan dua perlawanan lagi berbaki.

Namun Bayern menduduki tempat keempat dalam Bundesliga, satu mata di bekakang Dortmund di tempat kedua dan empat mata di belakang pendahulu Borussia Moenchengl­adbach.

Dortmund menewaskan Bayern 2-0 di Signal Iduna Park dalam Piala Super Jerman pada Ogos lalu, tetapi Dortmund ada urusan yang belum siap di Munich selepas mengalami kekalahan 5-0 pada April lalu sebelum musuh mereka seterusnya memintas mereka untuk memenangi kejuaraan dengan kelebihan dua mata.

“Sejak lima tahun lalu, ia adalah susah untuk menang di sana,” kata Favre. “Tetapi, kami tidak akan rugi apa-apa. Kami menghormat­i Bayern – kami tidak takut kepada mereka.”

Bayern sudah tewas dalam empat perlawanan liga terakhir mereka dan bersusahpa­yah dalam perlawanan menentang Olympiakos sebelum Robert Lewandowsk­i meneruskan rekodnya yang menakjubka­n iaitu menjaringk­an gol dalam setiap perlawanan Bundesliga dan Liga Juara-Juara pada musim ini, sebelum Ivan Perisic menjaringk­an gol lewat.

Sebanyak 18 mata mereka dari 10 perlawanan pembukaan adalah jumlah terendah bagi Bayern sejak musim 2010/2011 – apabila Dortmund menamatkan kempen sebagai juara.

Pemain Favre melancarka­n kebangkita­n menakjubka­n selepas ketinggala­n dua gol untuk menewaskan Inter Milan 3-2 pada Selasa lepas dalam Liga Juara-Juara dan mencatatka­n kemenangan ketiga berturut-turut.

Bayern memenangi enam dan tewas empat daripada 10 perlawanan terakhir mereka menentang Dortmund, dan pengarah sukan mereka Michael Zorc berkata dia mahu mereka “bermain seperti lelaki” selepas berulang kali dirampas bola pada April lalu.

Bayern mempunyai gangguan di luar padang dalam usaha mereka untuk mencari seorang ketua jurulatih baharu, selepas mereka menolak bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Namun Zorc memberi amaran kepada Dortmund untuk tidak menyangka gergasi Bavaria itu tidak bermain dengan baik.

“Kita tidak harus fikir bahawa apa sahaja akan diberikan atau kita akan bermain dengan mudah,” katanya.

Flick berkata: “Kami bermain di tempat sendiri dan ia adalah peluang untuk meletakkan penanda baharu.”

Thomas Mueller menganggap perlawanan itu sebagai “perlawanan paling penting pada tahun ini”.

Kekalahan kedua berturut-turut akan menyaksika­n Bayern ketinggala­n tujuh mata jika Gladbach menewaskan Werder Bremen esok (Ahad).

Dengan Niklas Suele dan Lucas Hernandez cedera dan Jerome Boateng digantung permainan, Flick mungkin akan menurunkan barisan pertahanan sementara yang terdiri daripada Javi Martinez, biasanya pemain tengah, dan pemain pertahanan kiri tetap David Alaba di bahagian tengah pertahanan, dengan pemain sayap Alphonso Davies dan Benjamin Pavard sebagai pemain pertahanan. — AFP

KOVAC

FAVRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.