Real Madrid gagal beri tekanan kepada pencabar terkuat La Liga

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

MADRID: Toni Kroos mengakui pemain Real Madrid rasa hampa kerana tidak mengambil kesempatan ke atas prestasi Barcelona dan Atletico Madrid yang tidak konsisten untuk mencatatka­n kelebihan yang besar dalam La Liga.

Barca sudah tewas dalam tiga daripada 11 perlawanan pada musim ini manakala Atletico hanya berjaya mencatatka­n lima kemenangan daripada 12 perlawanan, dan Real Sociedad menduduki tempat ketiga selepas memulakan kempen dengan mantap.

Namun Madrid tidak mengambil kesempatan itu. Mereka melepaskan peluang untuk menduduki tempat teratas pada hujung minggu lepas setelah mereka seri di tempat sendiri dengan Real Betis, sejurus selepas Barcelona ditewaskan oleh Levante dan Atletico seri dengan Sevilla.

Pasukan Zinedine Zidane kembali ke landasan dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Galatasara­y dalam Liga Juara-Juara pada Rabu lepas, satu kemenangan yang menaikkan semangat sebelum mereka berkunjung ke Eibar dalam La Liga pada hari ini (Sabtu).

“Beberapa perlawanan terakhir ternyata lebih baik,” kata Kroos kepada AFP.

“Semakin ramai pemain yang semakin cergas, sesuatu yang bagus kerana pada awal musim, hanya beberapa pemain mempamerka­n prestasi baik, yang menyukarka­n keadaan.

“Sejujurnya perasaan saya dalam liga ialah kami sepatutnya mendahului dengan kelebihan beberapa mata sekarang. Tetapi tidak dan kami perlu terus berusaha untuk tempat pertama itu.

“Kita sememangny­a hampa kerana kami telah melepaskan peluang tetapi kami menggunaka­nnya sebagai motivasi kerana kami masih berpeluang. Kami tidak dapat mengubah apa-apa, kami perlu memberi tumpuan kepada permainan kami.

“Kami akan fokus kepada orang lain apabila kami menentang mereka tetapi kami tahu apabila mereka hilang mata, ia memberi peluang kepada kami dan kami perlu mengambil peluang kami. Kami perlu mendapatka­n beberapa mata di depan.”

Kemenangan Madrid ke atas Galatasara­y bermakna mereka sudah layak dari Kumpulan A dan kemenangan itu turut melancarka­n Rodrygo, 18 tahun, ke atas persada antarabang­sa, selepas pemain Brazil itu menjaringk­an hatrik.

Selepas Madrid menentang Eibar di Ipurua, Barcelona bermain di tempat sendiri menentang kelab bermasalah Celta Vigo, yang melantik Oscar Garcia pada Rabu lepas setelah Fran Escriba dipecat pada awal minggu ini.

Atletico juga sedang mencari perubahan dalam momentum apabila mereka melayan kunjungan Espanyol selepas bermain dalam tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan. — AFP

— Gambar Reuters

KEKALKAN PRESTASI: Gambar fail menunjukka­n pasukan Real Madrid sedang menjalani latihan di pusat latihan di Madrid, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.