Inter dan Napoli kembali fokus kepada Serie A

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

MILAN: Inter Milan dan Napoli kembali ke dalam aksi Serie A selepas minggu bola sepak yang mengecewak­an di Eropah bagi gergasi Itali itu manakala pendahulu Juventus cuba melebarkan kelebihan selepas mereka mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Juventus mengutip 29 mata daripada 11 perlawanan, satu mata di depan Inter Milan, manakala Roma ketinggala­n enam mata lagi di tempat ketiga.

Napoli menduduki tempat ketujuh selepas tiga perlawanan liga tanpa kemenangan.

Kemenangan ke atas kelab bermasalah AC Milan akan membolehka­n Juventus untuk terus mendahului Inter, yang melayan kunjungan Verona selepas mengalami kekalahan 3-2 kepada Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara.

Roma pasti mahu meneruskan momentum di Parma, selepas kemenangan 2-1 mereka ke atas Napoli pada hujung minggu lepas yang meletakkan mereka di tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

Atalanta mengalih tumpuan mereka kepada Sampdoria selepas memperoleh­i mata sulung mereka dalam Liga Juara-Juara dengan keputusan seri 1-1 yang dramatik dengan Manchester City. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.