Southgate masukkan Maddison

Beliau taruh kepercayaa­n pada pemain yang cetus kontrovers­i itu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

LONDON: Pemain tengah Leicester City James Maddison kelmarion dimasukkan ke dalam skuad Gareth Southgate untuk perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro dan Kosovo walaupun dia mencetuska­n kontrovers­i apabila dia mengunjung­i kasino sewaktu rehat antarabang­sa terakhir.

England menerima kunjungan Montenegro pada 14 November dan menentang Kosovo di Pristina tiga hari kemudian.

Satu mata di Wembley dalam perlawanan menentang Montenegro dalam perlawanan antarabang­sa ke-1,000 bagi pasukan lelaki sudah memadai untuk menjamin kelayakan.

Maddison menarik diri daripada skuad untuk menentang Repubik Czech dan Bulgaria pada bulan lepas kerana sakit tetapi pemain berusia 22 tahun yang belum pernah bermain mewakili negara itu digambar dalam sebuah kasino sewaktu kekalahan

Jurulatih England

2-1 di Prague.

Pengurus Leicester Brendan Rodgers mempertaha­nkan pemainnya manakala Southgate berkata Maddison pasti sudah menyedari bahawa tumpuan semakin diberikan kepadanya.

“Itu bukanlah keputusan hebat yang dia ambil (pergi ke kasino). Sekarang dia menyedari sebagai pemain England, profail adalah berlainan,” kata Southgate.

“Semua orang memiliki telefon kamera dan berpeluang untuk mendapatka­n wang. Kami menyokongn­ya kerana kami sudah memilihnya. Dia perlu menyertai skuad dan merebut tempatnya seperti pemain lain.”

John Stones sudah kembali, untuk menggantik­an Michael Keane yang digugurkan, dan mungkin akan membuat penampilan pertamanya untuk England sejak Liga Negara-Negara pada Jun lalu.

Southgate ingin sekali melihat bagaimana pemain pertahanan Manchester City itu bermain dalam perlawanan bahagian atas liga di Liverpool esok (Ahad).

Dia berkata: “John ada beberapa perlawanan bersama pasukan. Saya dapat menjawab soalan itu (sejauh mana kekaguman Southgate) dengan lebih baik selepas Ahad. Perlawanan setakat ini telah didominasi Manchester City.

“Masih ada sedikit lagi perkara untuk dilihat dan lebih banyak lagi untuk mengujinya tetapi ia adalah bagus kerana dia sudah cergas semula dan bermain.”

Dele Alli dari Tottenham tidak akan bermain, manakala Alex Oxlade-Chamberlai­n dipanggil semula selepas tidak menyertai skuad pada bulan lepas kerana belum pulih daripada kecederaan lutut yang serius.

Pemain tengah Liverpool itu sudah menjaringk­an empat gol dalam empat perlawanan terakhirny­a.

Pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi, yang sudah dua kali bermain mewakili negara, dinaikkan semula dari skuad bawah 21 selepas dia pulih daripada kecederaan tumit yang dia alami pada hujung musim lepas.

Rakan sepasukan di Stamford Bridge, Mason Mount, turut dimasukkan walaupun dikeluarka­n dalam keputusan seri 4-4 dengan Ajax dalam Liga Juara-Juara pada Selasa lepas kerana masalah buku lali.

Tempat juga tiada untuk kapten Aston Villa Jack Grealish atau pemain tengah Manchester United Jesse Lingard. — AFP

Itu bukanlah keputusan hebat yang dia ambil (pergi ke kasino). Sekarang dia menyedari sebagai pemain England, profail adalah berlainan.

Gareth Southgate

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.