Eder dipanggil semula dalam skuad utama Portugal

Skuad Portugal

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

LISBON: Penyerang Lokomotiv Moscow, Eder, yang menjaringk­an gol untuk membantu Portugal memenangi Euro 2016, dipanggil semula untuk menyertai skuad negaranya kelmarin bagi perlawanan kelayakan ke kejohanan akhir pada musim panas akan datang menentang Lithuania and Luxembourg.

Pemain berusia 31 tahun itu kembali sebagai anggota skuad 25 pemain yang dipilih oleh jurulatih Fernando Santos dalam usaha Portugal untuk memenangi tempat di Euro 2020 dalam dua pusingan kelayakan terakhir.

Mereka menerima kunjungan Lithuania, pasukan tercorot dalam Kumpulan B, di stadium Algarve pada 14 November sebelum mereka bertandang ke Luxembourg tiga hari kemudian.

Eder kali terakhir bermain untuk negaranya hampir setahun lalu tetapi dia dimasukkan seleaps permulaan musim yang mantap di Rusia, di mana dia menjaringk­an empat gol dalam sembilan perlawanan liga.

Portugal bermain tanpa Andre Gomes yang mengalami kecederaan kaki yang dahsyat ketika bermain untuk Everton pada hujung minggu lepas, manakala bintang remaja Joao Felix dan Goncalo Guedes juga diketepika­n.

Penyerang yang tidak pernah mewakili negara Diogo Jota merupakan seorang daripada empat pemain Wolves yang dipilih oleh pemenang Liga Negara-Negara UEFA itu.

Portugal menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka tetapi hanya satu mata sahaja di depan Serbia ekoran kekalahan 2-1 kepada pendahulu Ukraine di Kiev pada bulan lepas. — AFP

Penjaga gol: Rui Patricio (Wolves/ENG), Beto (Goztepe/TUR), Jose Sa (Olympiakos/GRE)

Pemain pertahanan:

Ricardo Pereira (Leicester/ENG), Nelson Semedo (Barcelona/SEP) Jose Fonte (Lille/PER), Pepe (FC Porto), Ruben Dias (Benfica), Ruben Semedo (Olympiakos/GRE), Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund/JER), Mario Rui (Napoli/ITA)

Pemain tengah: Danilo Pereira (FC Porto), Ruben Neves (Wolves/ENG), Bruno Fernandes (Sporting Lisbon), Bernardo Silva (Manchester City/ENG), Joao Mario (Lokomotiv Moscow/RUS), Joao Moutinho (Wolves/ENG), Pizzi (Benfica)

Penyerang: Bruma (PSV Eindhoven/BEL), Daniel Podence (Olympiakos/GRE), Diogo Jota (Wolves/ ENG), Andre Silva (Eintracht Frankfurt/JER), Cristiano Ronaldo (Juventus/ITA), Goncalo Paciencia (Eintracht Frankfurt/JER), Eder (Lokomotiv Moscow/RUS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.