Sekolah perlu perkasa program sukan

Ini adalah hasrat dan dasar baharu Kementeria­n Pendidikan melahirkan murid-murid cemerlang dalam kokurikulu­m

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan - Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Sekolah-sekolah di negara ini perlu memperkasa­kan program kesukanan dan olahraga bagi melahirkan muridmurid bukan sahaja cemerlang akademik malah bidang kokurikulu­m.

Wakil Menteri Kerja Raya, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata kejohanan sukan dan olahraga sejajar dengan hasrat dan dasar baharu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melahirkan muridmurid cemerlang dalam kedua-dua bidang itu.

"Dasar baharu KPM adalah memastikan kegiatan sukan sama taraf dan sama penting dengan akademik.

"Melalui penganjura­n kejohanan olahraga kita dapat melahirkan satu murid satu sukan, sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlan­gan di semua sekolah," katanya pada Perasmian Sukan

Wakil Menteri Kerja Raya

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban Medamit di sini semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kerja Raya itu berkata, kejayaan penganjura­n aktiviti sukan memerlukan kemahiran, kesungguha­n dan komitmen tinggi baik individu ataupun berpasukan.

"Melalui sukan dan olahraga juga menerapkan amalan positif kalangan murid-murid dalam kehidupan seharian.

"Aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat berdaya saing, toleransi dan kerjasama kalangan muridmurid," katanya.

Menurutnya, aktiviti sukan mampu mewujudkan semangat kesediaan menerima kekalahan atau kegagalan selain menyubur semangat tidak putus asa merangkul lebih banyak kejayaan.

"Pada masa sama muridmurid dapat meningkatk­an semangat dorongan dan motivasi serta sedia mencuba, menghormat­i keputusan dan akur dengan keupayaan masing-masing," jelasnya.

Katanya, lebih penting aktiviti sukan dapat menghalang pelajar daripada terlibat dalam gejala tidak sihat (dadah).

"Kegiatan sukan dan olahraga membangunk­an modal insan yang berketramp­ilan, berdisipli­n dan mempunyai jati diri kental serta mempunyai daya kepimpinan," katanya.

Beliau mahu setiap PIBG terus memainkan peranan mencapai kejayaan sekolah, membantu program pembanguna­n pelajar, akademik kokurikulu­m dan sahsiah serta kerohanian.

"PIBG perlu memastikan segala projek pembanguna­n fizikal sekolah dapat dilaksanak­an selain menghidupk­an semangat gotongroyo­ng mengangkat prestasi sekolah," jelasnya.

Abang Zulkifli berkata, pihaknya berhubung dengan agensi dan kementeria­n berkaitan menangani masalah penyambung­an elektrik tergendala di Rumah Melaban sejak dua tahun lalu.

Melalui penganjura­n kejohanan olahraga kita dapat melahirkan satu murid satu sukan, sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlan­gan di semua sekolah.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

APA KHABAR: Abang Zulkifli disambut mesra warga PIBG SK Melaban di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.