200 murid-murid dan 17 guru menyertai program pembanguna­n sukan ragbi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

KAPIT: Lebih 200 muridmurid dan 17 guru dari lima buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah Bahagian Kapit terpilih menyertai program pembanguna­n sukan ragbi 'Coaching Clinic and Get in to Rugby' berlangsun­g di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Kapit kelmarin.

Sekolah-sekolah terbabit ialah SK Nanga Bawai, SK Lepong Baleh, SK Kapit, SK Kampung Baru dan SK Sungai Kapit manakala sekolah menengah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit dan SMK Kapit Nombor 2.

Program tersebut ditaja Suruhanjay­a Tinggi Australia, Kuala Lumpur, Majlis Sukan Sarawak (MSS), Persatuan Ragbi Sarawak, Persatuan Ragbi Bahagian Miri dan SK Kapit sebagai penyelaras program.

Panel jurulatih diketuai Jurulatih Sukan Ragbi Scotland, Landale Cranfield bersama ketua Jurulatih Sukan Ragbi Sarawak Nacani Seniuassis­ted, Beniamino Soso, Sylvia Alexander Lian, Embran Mohd Ali, Larry Galka,

Stancy Ling dan Anthony Lawai.

Manakala pemain ragbi SUKMA, Josie Mavcelin dan pegawai penguasa sukan ragbi Sarawak diwakili Amirul Isamili.

Program tersebut memperkena­l sukan ragbi kepada murid-murid dan mengenal pasti bakat-bakat muda terutamany­a kalangan pelajar dalam sukan tersebut.

Di samping itu, bagi melatih guru-guru sukan memperkena­lkan ragbi kepada pelajarpel­ajar mereka.

Program sama diadakan di

Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan seterusnya di Belaga.

Dalam pada itu, Jurulatih Sukan Ragbi Scotland, Landale Cranfield melahirkan rasa gembira kerana program dua hari itu mendapat sambutan menggalakk­an.

"Ya, saya rasa gembira kerana melihat semua peserta cukup bersemanga­t sepanjang program dua hari ini," katanya.

Landale berkata, seramai tiga peserta wanita dan dua lelaki dikenal pasti berpotensi dan berbakat dalam sukan ragbi.

PENUH SEMANGAT: Murid-murid dan guru-guru menyertai program pembanguna­n sukan ragbi di padang bola sepak SK Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.