Percepat CIQS mini di Telok Melano

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KUCHING: Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS) mini di Telok Melano perlu dipercepat­kan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata CIQS mini adalah untuk mengawal selia kemasukan pengunjung dari luar Sarawak.

Di samping itu katanya, sebuah kawasan Rehat dan Riadah (R&R) juga perlu disediakan untuk kemudahan bukan sahaja pengunjung malah untuk peniaga tempatan.

“Sejak Lebuh Raya Pan Borneo dari Telok Melano ke Sematan dirasmikan, Kampung Telok Melano tidak putus-putus dikunjungi sama ada dari dalam atau luar negara.

“Kita mengalu-alukan pengunjung ini, namun prosedur imigresen dan kastam hendaklah dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Tambah Jamilah, beliau telah beberapa kali menyentuh hal ini di

DUN, namun kehadiran anggota keselamata­n masih tidak ketara.

Justeru beliau sekali lagi menggesa ditingkatk­an tahap keselamata­n sempadan agar tidak menjadi satu ancaman dan kesusahan pada masa depan.

MOHON DIPERTIMBA­NG: Jamilah ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.