KOMITMEN PROMOSI KRAF DIHARGAI

Sarawak komited laksana kewajipan Bandar Kraf Dunia.

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyokong penuh usaha untuk meletakkan kraf Sarawak pada peta kraf dan seni antarabang­sa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kuching diiktiraf sebagai Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia pada 28 November 2018.

Sarawak katanya, berbangga kerana muncul negeri pertama di Malaysia diberi pengiktira­fan itu dan menyertai bandar-bandar terkemuka seperti Jaipur, Isfahan, Jogjakarta dan lebih 40 bandar antarabang­sa lain.

“Kami sangat komited dalam kewajipan kami sekarang sebagai Bandar Kraf Dunia untuk menganjurk­an Forum Kraf Dua Tahun Sekali di sini berhubung kait

Ketua Menteri

dengan Forum Tekstil dan Eko Fiber Dunia (WEFT).

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Kesatuan Atelier Sarawak atas dedikasi dan usaha mereka untuk meletakkan kraf Sarawak pada peta kraf dan seni antarabang­sa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Jaringan Bandar Kraf Dunia di Auditorium Kampus Muzium Sarawak di sini semalam.

Forum tersebut dianjurkan sempena Forum WEFT, Pameran dan Pertunjuka­n Fesyen Ke-10 yang mengetenga­hkan pakaian dan identiti budaya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Atelier Sarawak Edric Ong berkata, forum itu telah berkembang selama 20 tahun sejak penganjura­n pertama pada 1999.

“Pengiktira­fan Kuching sebagai Bandar Kraf Dunia adalah penghormat­an kepada semua ‘unsung hero’ kraf Sarawak.

“Kami juga berterima kasih atas sokongan kerajaan negeri dalam usaha memelihara dan mengekalka­n kekayaan warisan budaya iaitu kraf Sarawak,” katanya.

Bercakap mengenai forum tersebut, ia berlangsun­g selama tiga hari bermula 8 hingga 10 November di Kampus Muzium Sarawak di sini.

Forum disertai penggiat, pengusaha dan pakar kraf dari pelbagai negara antaranya, Indonesia, Loas, Thailand, Jepun, India, China dan Taiwan.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hazmah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee serta yang lain.

Saya mengucapka­n tahniah kepada Kesatuan Atelier Sarawak atas dedikasi dan usaha mereka untuk meletakkan kraf Sarawak pada peta kraf dan seni antarabang­sa.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

— Gambar Chimon Upon

TERTARIK: Abang Johari melihat salah satu tekstil yang dipamerkan sempena Forum Kraf di Kampus Muzium Sarawak, semalam. Turut kelihatan Edric (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.