Pelajar terjatuh dari bangunan semasa protes di Hong Kong meninggal dunia

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

HONG KONG: Seorang pelajar Hong Kong yang terjatuh dari sebuah tempat letak kereta yang mempunyai beberapa tingkat ketika anggota polis dan penunjuk perasaan sedang bertelagah pada hujung minggu lepas telah meninggal dunia, kata pegawai hospital semalam, dalam satu perkembang­an yang mungkin akan meningkatk­an ketegangan selepas rali ganas selama beberapa bulan di bandar raya itu.

Alex Chow, seorang mahasiswa sains komputer di Universiti Sains dan Teknologi telah disahkan meninggal dunia pada jam 8.09 pagi waktu tempatan semalam, menurut pihak Hospital Ratu Elizabeth.

Chow telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada awal pagi Isnin selepas perbalahan lewat malam antara polis dan penunjuk perasaan di daerah Tseung Kwan O.

Dia ditemui terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah tempat letak kereta di mana anggota polis telah menembak gas pemedih mata ke dalamnya selepas beberapa penunjuk perasaan melontar objek dari bangunan tersebut.

Punca sebenar bagaimana Chow tercedera adalah tidak jelas namun dia telah terlibat dengan pergerakan bantahan selama lima bulan. — AFP

— Gambar Philip Fong/AFP

PROTES: Sekumpulan pelajar Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong memegang gambar Chow ketika menyertai rali antikeraja­an di Hong Kong, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.