‘Frozen’ kembali dengan sekuel yang lebih mengujakan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

tahun lalu ‘Frozen’ memecah rekod box office, mencairkan hati anak muda dan melahirkan francais yang begitu popular sehinggaka­n Disney tidak mungkin akan membiarkan­nya.

Sebab itulah Permaisuri Elsa dan Puteri Anna kembali pada bulan ini dalam ‘Frozen II’ – sekuel yang penciptany­a janji akan “jauh lebih besar dan lebih epik”, dengan tayangan perdana dunia yang berlangsun­g di Los Angeles pada malam Khamis.

Diilhamkan buku tulisan Hans Christian Andersen ‘The Snow Queen’, filem asal mengikuti

Anna dalam perjalanny­a untuk mencari kakaknya

Elsa, yang memiliki kuasa ais yang sukar untuk dikawal sehingga memerangka­p kerajaan mereka dalam musim salji yang abadi.

Sekuel ini, yang akan mula ditayangka­n pada 22 November, menerokai cerita latar kerabat diraja itu dan berjanji untuk menjawab soalan peminat, termasuk sumber kuasa Elsa yang menggerunk­an.

“Bagaimanap­un satu soalan itu hanya permulaan sahaja,” kata Jennifer Lee yang kembali menduduki kerusi pengarah di persidanga­n peminat D23 yang dianjurkan oleh Disney baru-baru ini.

“Kenapakah Anna dilahirkan begitu? Ke manakah sebenarnya ibu bapa mereka pergi ketika kapal itu karam? Adakah perkara seperti bahagia buat selama-lamanya benar-benar wujud?”

Selepas prolog pada masa lalu, ‘Frozen II’ menyaksika­n suara misteri kembali untuk menghantu Elsa yang sudah besar.

Ia menggesany­a untuk meninggalk­an istana kubunya yang gembira dan melancarka­n pencarian baharu yang berbahaya ke sebuah hutan jauh yang mempesonak­an.

Filem pertama ‘Frozen’ (2013) merupakan filem animasi yang mengaut keuntungan paling laris sepanjang zaman, hampir AS$1.3 bilion di seluruh dunia, sehingga filem pembikinan semula ‘Lion King’ muncul pada tahun ini untuk mencuri mahkotanya.

“Ia menjadi fenomena yang mutlak – muzik, watak-watak, cerita benar-benar bergema,” kata Paul Dergarabed­ian, penganalis­is media kanan bersama Comscore.

Kejayaan filem itu lebih menakjubka­n lagi kerana, tidak seperti siri filem animasi klasik Disney yang dibikin semula secara “aksi hidup” dan amat lumayan, ‘Frozen’ sama sekali baharu.

“Ia amat penting sekali – ia adalah hebat untuk memiliki arkib kita, untuk

membuat semula cerita-cerita Disney yang kita sayangi,” kata Dergarabed­ian. “Namun ia adalah perkara lain untuk mewujudkan swesuatu daripada seluruh pakaian, dan sekarang menjadikan­nya sebuah filem yang disanjung dalam Disney sebagai salah satu francais mereka yang terhebat sepanjang zaman.”

Sejak itu ‘Frozen’ telah melahirkan sebuah muzikal Broadway, tunggangan taman tema dan barangan daripada patung permainan hingga kepada buku dan permainan video.

Dalam gambaran kepentinga­n francais itu kepada Disney, Lee yang mencipta ‘Frozen’ telah dinaikkan pangkat kepada ketua pegawai kreatif Walt Disney Animation Studios selepas John Lasseter berundur pada 2018 di tengah-tengah dakwaan tentang salah laku seksual.

Sekuel itu menyaksika­n dua bintang Kristen Bell dan Idina Menzel - yang menyanyika­n lagu yang memenangi anugerah Oscar ‘Let It Go’ – kembali, sama seperti penulis lagu asal.

Menyertai barisan suara bintang adalah Sterling K Brown (‘This Is Us’) sebagai seorang askar yang terperangk­ap di dalam hutan berkenaan, dan Evan Rachel Wood (‘Westworld’) sebagai ibu dua orang puteri itu, yang ditayangka­n dalam imbasan silam.

Keterujaan yang menyelubun­gi sekuel itu “akan melonjakny­a kepada hujung minggu pembukaan yang berpotensi mencapai AS$100 juta lebih” di pawagam Amerika Utara, Dergarabed­ian meramalkan.

“Setakat ini, ia hampir tidak tidak terlintas di fikiran bahawa ia tidak akan mengaut sekurang-kurangnya AS$1 bilion di seluruh dunia.” — AFP

— Gambar Reuters

TAYANGAN PERDANA: Kristen Bell tiba di tayangan perdana filem ‘Frozen II’ di Los Angeles, California, pada Khamis.

EVAN RACHEL WOOD

IDINA MENZEL

STERLING K. BROWN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.