KERAJAAN RANCANG WUJUD BEBERAPA BBP DI LUAR BANDAR

Ia bagi mengatasi masalah kes kebakaran khasnya melibatkan rumah panjang yang semakin membimbang­kan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Laporan oleh Jessica Jawing, Agnes Tugong, Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak merancang menubuhkan beberapa balai bomba dan penyelamat (BBP) di pekan luar bandar di Sarawak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Penguang Manggil berkata, ia bagi mengatasi masalah kes kebakaran khasnya melibatkan rumah panjang yang semakin membimbang­kan.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan

“Antaranya yang dicadangka­n adalah di Batu Niah, Beluru, Lapok, Long Lama, Tebedu dan banyak lagi yang mana kebanyakan lokasi adalah jarak dekat dengan penempatan luar bandar.

“Kejadian kebakaran terutama melibatkan rumah panjang beberapa tahun ini menunjukka­n peningkata­n yang membimbang­kan,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Martin Ben (GPS-Kedup) pada persidanga­n DUN, semalam.

Beliau berkata, menurut statistik pada 2017 sebanyak 16 kes rumah panjang terbakar sementara 14 kes (2018) dan lima kes (Januari hingga April 2019).

Mengenai rancangan kerajaan membina Balai Bomba di Daerah Tebedu, Penguang berkata, tapak pembinaan balai bomba dan penyelamat Tebedu telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 2009 di Kayan Land District.

Katanya, JBPM telah mengemukak­an cadangan pembinaan balai bomba dan penyelamat Tebedu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Bagaimanap­un peruntukan bagi cadangan pembinaan balai bomba tersebut tidak diluluskan oleh kerajaan pusat dalam RMK11.

“Namun begitu, JBPM akan mengemukak­an semula cadangan pembinaan balai bomba dan penyelamat Tebedu dalam RMK12,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, sekiranya balai bomba berkenaan dibina ia merupakan infrastruk­tur balai bomba dan penyelamat Kategori D, iaitu termasuk blok pentadbira­n, ruang jentera bomba, bengkel, menara hos, padang kawad yang dianggarka­n menelan kos RM3.8 juta.

Katanya, balai bomba kategori D akan dilengkapi dengan 10 pegawai jabatan bomba sepenuh masa dan 15 anggota bomba sukarela, seunit jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit kenderaan utiliti dan seunit bot penyelamat.

“Saya merayu kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan persekutua­n untuk meneliti semula kriteria permohonan pembinaan balai bomba dan penyelamat agar ia sesuai untuk semua.

“Saya berharap kementeria­n memberi pertimbang­an khas kepada Sarawak memandangk­an negeri ini luas serta unik dari segi demografik dan geografiny­a,” kata beliau.

Antaranya yang dicadangka­n adalah di Batu Niah, Beluru, Lapok, Long Lama, Tebedu dan banyak lagi yang mana kebanyakan lokasi adalah jarak dekat dengan penempatan luar bandar.

Datu Penguang Manggil

JAWAB: Penguang menjawab pertanyaan semasa persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.