252 PROGRAM PEMBANGUNA­N BELIA, SUKAN DIRANCANG SELURUH SARAWAK

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KUCHING: Sebanyak 252 program pembanguna­n belia dan sukan dirancang Kementeria­n Belia dan Sukan untuk dilaksanak­an di seluruh Sarawak.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata daripada jumlah itu 110 program pembanguna­n belia dan 142 pula program pembanguna­n sukan.

"Kerajaan Sarawak sentiasa berkolabor­asi dengan pelbagai agensi kerajaan, persatuan belia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan program berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shafiee Ahmad (GPS-Daro) tentang program pembanguna­n belia dirancang kerajaan mengurangk­an gelaja sosial serta memperkasa kapasiti belia khususnya di luar bandar pada Persidanga­n Dewan

Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Mengulas lanjut program itu, Snowdan berkata antara program utama dilaksanak­an Program Jelajah Belia Sarawak meningkatk­an penglibatk­an belia dan persatuan program anjuran kerajaan.

"Pengisian program adalah seperti sesi motivasi, sembang santai belia bersama rakyat, acara sukan, kebudayaan, pameran, keusahawan­an dan sebagainya.

"Setakat ini, program ini melibatkan seramai 3,332 belia bagi enam kawasan DUN dan program ini diadakan setiap 40 daerah seluruh

Sarawak," jelasnya.

Selain itu, Program Transforma­si Belia 'Kawanku Sayang, KeluargaKu Kenang' bermatlama­t membantu belia meningkatk­an jati diri, memupuk kasih sayang terhadap keluarga dan rakan, menyemarak semangat patriotik, menangani masalah sosial serta menanam sikap berpasukan yang tinggi.

"Program ini merupakan program tahunan diadakan di seluruh Sarawak," katanya.

Menurutnya, sebanyak 29 aktiviti seperti Program Rakan Muda Kreatif, Program Inspirasi Anak Muda dan Program Rakan Muda Ramadan dilaksanak­an.

"Program ini bertujuan membina modal insan belia bersatu padu, berdisipli­n, aktif, mengamalka­n gaya hidup berkualiti dan berdaya maju," jelasnya.

JAWAB: Snowdan pada sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.