KANAK-KANAK LELAKI MANGSA KE-21 MAUT AKIBAT WABAK RABIES DI SARAWAK

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berasal dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen meninggal dunia akibat jangkitan rabies pada 2 November lepas.

Menurut kenyataan akhbar Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa meninggal dunia semasa dalam rawatan rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mangsa dikatakan mula menunjukka­n tanda-tanda jangkitan sejak 13 Oktober apabila dia mengadu sakit tekak dan mengalami demam serta berkelakua­n luar daripada kebiasaan pada 15 Oktober baru-baru ini.

"Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik swasta untuk pemeriksaa­n (15 Oktober) sebelum dia dibawa mendapatka­n rawatan di klinik kesihatan pada 18 Oktober kerana keadaannya bertambah teruk.

"Mangsa dirawat sebagai pesakit luar dengan diagnosis Upper Respirator­y Tract Infection (URTI) dan pada 21 Oktober, dia dibawa ke HUS kerana keadaannya semakin lemah.

"Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia pada 2 November dan sampel ujian rabies yang telah dihantar ke Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) telah disahkan positif pada 6 November," katanya disini, semalam.

Difahamkan, keluarga mangsa mempunyai dua ekor anjing peliharaan di rumah dan keduaduany­a tidak pernah mendapat vaksinasi.

"Bagaimanap­un, mangsa tidak pernah mengadu digigit anjing atau haiwan lain dan buat masa ini kedua-dua anjing itu masih hidup," jelasnya.

Kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytih­aran wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 November 2019 adalah 22 kes termasuk 21 kematian.

"Enam daripada kes tersebut berlaku pada tahun ini," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.