KANAK-KANAK HILANG DITEMUI SELAMAT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

Kanak-kanak lelaki yang hilang di kawasan belakang Rumah Galin Andam, Batu 8, Jalan Bintulu-Miri dijumpai selamat, pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak dalam satu kenyataan media semalam mengesahka­n mangsa yang hilang sejak tiga hari lepas itu datang ke Balai Polis Bintulu sekitar jam 8 pagi semalam.

"Pihak polis akan menjalanka­n siasatan terperinci apa yang berlaku terhadap kanak-kanak yang bernama Stanley Seli, 11, untuk mengetahui punca dia tidak pulang ke rumah," ujarnya.

Katanya, dengan terjumpany­a mangsa, pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah menamatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.15 pagi semalam.

Sekitar jam 7 pagi Selasa lepas, mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar dan dipercayai tersesat di kawasan belakang rumah panjang mereka.

Setelah usaha pencarian oleh penduduk kampung gagal, satu laporan polis dibuat ibu bapa berhubung kehilangan mangsa pada hari berikutnya.

Justeru, usaha pasukan SAR telah memulakan usaha pencarian sejak tiga hari lepas sebelum mangsa ditemui pagi semalam.

MUJUR: Stanley datang ke Balai Polis Bintulu, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.