LELAKI MAUT, MOTOSIKAL REMPUH POKOK TEPI JALAN

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Moran Gagak berumur 39 tahun dan beralamat di Kampung Sungai Labi, Simunjan.

Katanya, waktu kejadian bagaimanap­un tidak dapat dipastikan kerana mayat mangsa dijumpai di celah-celah pokok oleh orang awam yang kebetulan menggunaka­n jalan berkenaan sekitar jam 9 pagi.

"Mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Sibu Jaya menuju ke pusat bandar sebelum hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan berkenaan.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Stanley, pihak keluarga mangsa telah dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

Katanya, punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

TRAGIK: Mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.