Pihak berkuasa rampas 400 kilogram kokain di pelabuhan Kobe, Jepun

Utusan Borneo (Sarawak) - - Dunia -

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun telah merampas sebanyak 400 kilogram kokain yang mengatasi rekod selama ini bernilai dalam anggaran AS$73 juta dalam satu rampasan di sebuah pelabuhan di bandar Kobe, kata jurucakap kastam semalam.

Penemuan di bandar barat itu telah dilakukan pada bulan lepas namun mula mendapat perhatian semalam, dengan pihak berkuasa berkata mereka tidak dapat memberikan maklumat tambahan kerana siasatan sedang dijalankan.

“Ini memecah rekod, dari segi jumlahnya” untuk satu rampasan kokain, jurucakap tersebut memberitah­u AFP.

Ia jauh mengatasi rekod sebelum ini yang dicatat pada Ogos, apabila pihak berkuasa merampas 177 kilogram kokain di pelabuhan lain, di wilayah Aichi di tengah Jepun.

Ia masih belum jelas dari mana kokain itu berasal, dan agensi Berita Kyodo, memetik sumber siasatan yang dirahsiaka­n namanya, menyatakan dadah itu mungkin tersilap dihantar ke Kobe.

Jepun memiliki undangunda­ng dadah yang tegas dan penggunany­a boleh berdepan kecaman umum yang teruk sekiranya ditangkap.

Penggunaan dan pemilikan dadah malah oleh orang agak terkenal, termasuk pelakon televisyen dan beberapa atlet yang kurang dikenali, boleh menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari.

Bagaimanap­un pakar memberi amaran bahawa penggunaan dadah secara riadah di kalangan golongan muda telah menjadi satu masalah yang semakin berkembang.

Penjualan dadah adalah tunggak kewangan utama bagi sindiket jenayah terancang di Jepun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.