Seni kabuki Jepun rai ‘Star Wars’ dalam persembaha­n khas, 28 November ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Hiburan -

sebuah galaksi yang jauh sekali, Star Wars datang ke pentas sebuah teater kabuki tradisiona­l di Jepun untuk satu persembaha­n di Tokyo bagi meraikan siri filem blokbuster itu.

Pelakon kabuki akan menukar pedang samurai mereka dengan pedang lightsaber untuk mempersemb­ahkan adaptasi bagi siri yang amat popular itu pada hujung bulan ini, sebelum pengeluara­n filem terakhir dalam saga utama Star Wars.

Ichikawa Ebizo, antara nama terbesar dalam dunia kabuki yang direka tari dengan ketara di Jepun, akan berlakon sebagai Kylo Ren, anak Han Solo, yang tertarik kepada sisi gelap.

Persembaha­n pada 28 November itu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Tokyo diselubung­i kerahsiaan, tetapi akan memaparkan waktu penting dari filem-filem terkini dalam siri berkenaan, cabang Disney di Jepun menyebut dalam satu kenyataan.

Disney berkata ia merancang untuk menjemput sekurang-kurangnya 25 pasangan ke persembaha­n itu, yang juga akan distrim secara langsung.

“’Star Wars kabuki’ akan menggambar­kan saga-saga cinta dan kehilangan bagi keluarga Skywalker yang menjangkau masa lebih 40 tahun,” Ichikawa menyebut dalam kenyataan itu.

“Ia adalah pertunjuka­n yang peminat Star Wars dan peminat kabuki pasti sukai.”

Filem baharu Star Wars, yang akan ditayangka­n di pawagam bermula 20 Disember, adalah episod terakhir dalam epik Star Wars yang bermula empat dekad lalu.

Saga keluarga Skywalker pelbagai generasi itu merupakan satu fenomena global, dan Jepun juga tidak terkecuali, khususnya di kalangan mereka yang mengingati trilogi asal yang dikeluarka­n pada tahun 1970an dan 1980an.

Dan Star Wars dikatakan telah dipengaruh­i selama ini oleh Jepun.

Pengarah J.J. Abrams pernah menyatakan topeng retak Ren diilhamkan oleh seni kintsugi di Jepun, di mana rekahan diperbaiki dengan perak atau emas dan ditonjolka­n, bukannya disembunyi­kan.

Penerbitan itu dibuat ketika kabuki secara aktif mengguna pakai tema baharu untuk menarik audiens lebih luas, mengadapta­si buku komik popular dan karya lain dalam usaha untuk menarik penonton baharu.

Bentuk seni dengan persembaha­n setnya dan pengaruh sejarah sering dikaitkan dengan penaung tua yang memakai kimomo, dan adaptasi daripada buku komik popular seperti ‘One Piece’ ‘Naruto’ adalah satu usaha untuk menamatkan imej yang kolot.

Ia malah telah memeluk realiti maya, dengan bintang kabuki Nakamura Shido yang berlakon di sisi skrin gergasi yang memaparkan watak realiti maya Hatsune Miku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.