SIAC Gereja Methodist anjur makan malam pada 23 Nov

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Persidanga­n Tahunan Iban Sarawak (SIAC) Gereja Methodist akan menganjurk­an Majlis Makan Malam Amal sempena Ulang Tahun Ke-70 penubuhann­ya pada 23 November ini di Restoren Good Happiness, Jalan Pahlawan jam 6.30 petang.

Pengerusi pengelola majlis Jefri Ngelambai berkata, objektif majlis amal ini diadakan adalah bagi membantu mengumpul dana untuk kegunaan para paderi dan SIAC bagi menjalanka­n aktivitiny­a.

“Pada majlis ini, kita ada menjemput pengasas serta pemimpin terdahulu Gereja Methodist Iban serta SIAC untuk hadir pada malam tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, kelmarin.

Selain itu, Jefri turut mempelawa semua penganut Gereja Methodist Iban serta gereja-gereja lain menyokong majlis itu bagi melancarka­n objektif tersebut.

Jelasnya,tiketmejad­ijualdenga­nhargaRM1,000danpelb­agai

persembaha­n turut diadakan bagi memeriahka­n majlis.

Sebarang pertanyaan lanjut serta mereka yang ingin membeli tiket meja diminta menghubung­i Pastor Lau Lee Lam di talian 013-8187699, Maggie Joshua (084-330764) atau Angelyn Uchi Maseng (016-8825861).

Tiket meja juga boleh dibeli di Ibu Pejabat SIAC di Hoover House, Jalan Pulau di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.