Penganggur terlibat kegiatan loteri awam haram didenda

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Seorang penganggur didenda RM1,500 atau empat minggu penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah terlibat kegiatan loteri awam haram.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Steve Ritikos setelah Pen Shao Yong, 27, dari Jalan Taman Futee di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah ditangkap sekitar jam 6 petang, 19 September lalu di tingkat bawah sebuah lot di Jalan Pujut-Miri di sini untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki menjalanka­n kegiatan loteri awam.

Polis yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati tertuduh memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandung­i sekeping gambar catatan pertaruhan angka loteri haram berangka 10,000 sebagai loteri awam haram.

Berikutan itu, telefon bimbit tersebut kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan tertuduh dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Ketika rayuan, tertuduh memohon agar hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya, tambahan dia tidak mempunyai pekerjaan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.