Basikal lajak: Bangunkan potensi remaja menangkos ancaman gejala sosial

Utusan Borneo (Sarawak) - - Rencana -

berkaitan basikal lajak masih mengundang perbincang­an hangat di kalangan masyarakat.

Namun, rata-rata aktivis sosial di kerja lapangan banyak berpandang­an bahawa semua pihak perlu serius dan fokus terhadap hal perancanga­n kehidupan dan pembanguna­n generasi muda hari ini.

Sama ada suka atau tidak, sehingga ke hari ini usaha memandu generasi muda ke hadapan dengan cara meningkatk­an kebolehan dan daya fikiran mereka dalam menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan masih belum mencapai tahap yang terbaik seiring dengan kemajuan negara.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang diharapkan melahirkan watak masyarakat Malaysia yang lebih bertanggun­gjawab hanya akan terbentuk dan memberi makna apabila golongan muda diberi perhatian dan keutamaan dalam pelbagai aspek perancanga­n kehidupan dan pembanguna­n mereka kerana mereka adalah pelapis yang akan mewarisi kepimpinan dan mendukung wawasan negara.

Kita harus bersyukur bahawa hampir kesemua rakyat kita dapat merasa dan menikmati hasilhasil pembanguna­n dan kemajuan negara.

Pencapaian ini adalah kerana perancanga­n dan pelaksanaa­n programpro­gram pembanguna­n sosio-ekonomi negara yang rapi dan adil kepada semua masyarakat.

Program-program khusus diatur untuk golongan termiskin, mereka yang tinggal di luar bandar dan pendalaman, mereka yang kurang upaya serta yang memerlukan jagaan khas. Kita harus bersyukur di atas perhatian dan kesungguha­n Kerajaan, khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam melaksanak­an dasar-dasar yang positif ini.

Kita juga harus bersyukur dengan keadaan negara yang begitu aman dan stabil.

Tidaklah perlu di sebutkan negara-negara yang tidak senasib dengan kita di mana ketidaksta­bilan politik, ketiadaan keamanan negara mereka, dengan rusuhan dan konflik dalaman dan luaran yang menyebabka­n negara mereka tidak dapat bergerak maju.

Malahan rakyat mereka semakin miskin dan menderita. Di negaranega­ra ini, kanak-kanak dan remaja membesar tanpa mendapat didikan yang sempurna.

Sebaliknya, mereka terdedah kepada peperangan saban hari hingga secara tidak langsung mereka mengetahui dan pandai pula dalam cara-cara menggunaka­n senjata.

Akibatnya personalit­i mereka dipengaruh­i dengan sifat- sifat ganas, kejam, bermusuhan dan suka bergaduh atau berperang. Di samping itu, ada juga negara yang ditimpa pelbagai bencana alam yang menyebabka­n rakyatnya kelaparan dan tiada peluang mencari rezeki.

Syukur Alhamdulil­lah kita tidak perlu berhadapan dengan cabaran- cabaran buruk seperti ini.

Bagaimanap­un kita masih berhadapan dengan cabaran- cabaran dalam bentuk lain yang melanda anak-anak remaja kita.

Gejala dan penyakit sosial seperti lumba motorsikal haram, basikal lajak, kehamilan luar nikah, penyalahgu­naan dadah, dan perbuatan yang melanggar tatasusila budaya timur kita telah pun menular di kalangan remaja kita.

Mengetahui tentang masalah sosial sahaja tidak mencukupi, bahkan tidak berguna sekiranya ia tidak disusuli dengan cara- cara penyelesai­an dan pencegahan.

Hakikatnya, setiap individu ada pilihan dan kita perlu membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga dengan membina benteng diri dan menjauhi daripada pengaruh dan unsur-unsur negatif dan bahaya.

Kemajuan dan pemodenan zaman telah membawa banyak perubahan kepada penghidupa­n harian kita.

Ahli-ahli keluarga terpaksa berpisah untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Pendidikan tinggi mendorong wanita bekerja luar dari rumah.

Peranan tradisi ibu telah bertukar corak dan kini peranan itu dipikul bersama oleh suami isteri atau ibubapa untuk membangunk­an anak-anak dan keluarga yang berdaya tahan, bertanggun­gjawab dan bersedia menghadapi cabaran.

Perubahan akan terus berlaku dengan kecanggiha­n teknologi seperti teknologi maklumat dan penduduk yang sentiasa `mobile’. Apa yang perlu disedari dan dihindari adalah kesan-kesan negatif daripada teknologi maklumat seperti internet dan sumber- sumber media.

Oleh itu, penapisan perlu berlaku daripada dalam diri atau fikiran kita sendiri, bukannya bergantung kepada penapisan oleh badan-badan berwajib.

Para remaja merupakan golongan yang amat mudah dipengaruh­i oleh unsurunsur negatif kerana sifat semulajadi remaja untuk mencari identiti sendiri, mudah terikut dengan gayacara budaya `moden’, sentiasa diselubung­i dengan sifat `ingin tahu, ingin mencuba, dan berani menghadapi risiko’.

Pengaruh positif pula agak lambat untuk menambat hati remaja kerana ia lebih menekankan disiplin, kerajinan, ketahanan diri dan hanya akan mendapat hasil dan faedah setelah berusaha gigih, bertekun dan bersabar.

Maka menyedari pentingnya untuk membentuk sikap dan nilai positif di kalangan remaja, kita sebagai golongan dewasa dan rakan sebaya seharusnya bersedia memberi dorongan dan bimbingan berterusan untuk membangunk­an remaja yang sihat dan cemerlang.

Pendidikan sepanjang hayat (life long education), ketinggian moral dan rohaniah serta kemahiran untuk menghadapi cabaran era baru pembanguna­n merupakan kekuatan yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap individu, remaja mahupun dewasa.

Bagi tujuan ini, Dialog Profesion Kerja Sosial bertajuk Kerja Sosial: Realiti atau Fantasi anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia pada 31 Oktober 2019 lalu yang menghimpun­kan para pekerja sosial dan sukarelawa­n sosial di lapangan di harap akan melahirkan modul pembanguna­n remaja yang direka khusus dengan bermatlama­t memberi peluang dan dorongan kepada remaja membangunk­an sepenuhnya potensi diri daripada perspektif mental, fizikal, sosial dan kerohanian.

Alam remaja merupakan tahap kritikal dalam proses perkembang­an individu yang penuh dengan berbagai-bagai dugaan dan pancaroba.

Inilah masa untuk remaja membentuk sifat-sifat kendirinya dan menentukan watak dan caragaya hidupnya berasaskan didikan dan jagaan ibubapa, pengalaman dan suasana persekitar­an.

Andainya remaja tidak kuat dalam pegangan nilainilai murni dan agama, dan kurangnya bimbingan keluarga dan guru, mereka pasti mudah hanyut dengan penyakit-penyakit sosial yang sentiasa menunggu mangsanya.

Di akhir-akhir ini, dalam usaha kita mencari punca dan sebab berlakunya gejala sosial, beberapa pihak telah disalahkan

-- di antaranya ibubapa, sekolah, media ataupun remaja sendiri.

Adalah diperhatik­an banyak isu dan masalah yang dihadapi remaja hari ini mempunyai perkaitan rapat antara pengaruh dalaman iaitu keluarga itu sendiri dan pengaruh luaran.

Sikap toleransi, persefaham­an serta komunikasi terbuka di antara ibubapa dan anak-anak mereka banyak mempengaru­hi perkembang­an diri remaja.

Walaupun ibubapa sibuk dengan mencari nafkah tetapi tanggungja­wab kepada keluarga perlu diutamakan. Memahami perasaan, menjaga emosi dan menjalinka­n kasih sayang adalah nilai-nilai murni untuk membentuk remaja yang seimbang dan penyayang.

Anak remaja hari ini perlu di bimbing dengan pendekatan baru bagi membolehka­n mereka memahami diri sendiri, membentuk watak, keyakinan diri dan benteng diri untuk menjauhi pengaruh dan penyakit sosial.

Semua remaja diseru untuk membuat pilihan bijak dan menjadi contoh atau `role model’ di antara satu sama lain sebagai rakan sebaya.

Modul bimbingan hendaklah menjadikan program-program dan aktiviti-aktiviti yang ada untuk memajukan diri dan yakinlah bahawa setiap remaja ada keupayaan serta kemampuan untuk merubah nasib sendiri. Majukan bakat yang terpendam untuk kecemerlan­gan dalam setiap aspek kehidupan.

Tibalah masanya bagi setiap lapisan masyarakat bekerjasam­a berganding bahu dalam mencari strategi-strategi yang paling berkesan untuk penyelesai­an dan pencegahan gejalageja­la sosial. Seruan jihad perjuangan ini kepada semua pihak -- ibubapa, sekolah, pemimpin masyarakat, agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dan sektor swasta untuk bersama-sama bertindak dalam apa juga bentuk yang boleh menghasilk­an kebaikan. `Let us all do our little bit so that together we can make that difference

- for the better’.

Usaha Bersama ini mengharapk­an agar remaja akan berasa bangga dengan kemampuan diri sendiri dengan sentiasa menjadikan kekuatan dalam diri sebagai benteng untuk menangkis segala dugaan dan cabaran yang boleh merosakkan diri sendiri. Jadikanlah segala gejala sosial negatif sebagai cabaran dan sempadan. Gunakanlah usia muda ini dengan penuh bijaksana dan hikmah untuk menuju ke tahap kecemerlan­gan diri.

Dengan amalan hidup positif lagi sederhana dalam setiap aspek kehidupan, remaja akan mampu membawa negara ke abad dan iltizam baru. (Artikel sumbangan Mohammad Rizan Hassan, Tokoh Belia Negara 2011 / ASEAN 2011 dan aktivis sosial menangani golongan belia berisiko).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.