UMS berjaya rangkul dua anugerah emas, tiga perak pada iENA Jerman 2019

Utusan Borneo (Sarawak) - - Rencana - Oleh Yap Siong Han

Malaysia Sabah (UMS) berjaya memenangi dua anugerah emas dan tiga perak pada Persidanga­n Internatio­nal Trade Fair Ideas, Inventions, New Products (iENA) yang diadakan di Nuremberg Jerman barubaru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n UMS, pemenang anugerah emas adalah Prof Madya Dr. Rayner Alfred menerusi ‘RTFaceDeep: A Real Time Multiple Faces Recognitio­n for Video Surveillan­ce Using a Deep Learning Architectu­re’.

Pemenang anugerah emas kedua ialah Prof Madya Dr. Ng Giap Weng menerusi ‘DeColourAR: An Augmented Reality Colouring Book for UMS Aquarium and Marine Museum’.

Kedua-dua pemenang adalah berasal dari Fakulti Komputeran dan Informatik.

Sementara itu, pemenang-pemenang anugerah perak adalah

Prof Madya . Dr. Md. Shafiquzza­man Siddiquee dari Institut Penyelidik­an Bioteknolo­gi menerusi ‘AlphamateT­M: Solution for Food Wastes Management in Kota Kinabalu Central Prison, Sabah’.

Dr Chee Fuei Pien dari Fakulti Sains Dan Sumber Alam (AIRMATE: Integrated Real Time

Particulat­e Matter Measuring Instrument for Micro Environmen­t Monitoring) dan Prof Madya Dr Sabariah Sharif dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (The Effectiven­ess of Minimalist Robotics in Enhancing IR 4.0 Classroom) turut berjaya memenangi anugerah perak.

Persidanga­n pertama iENA yang diadakan di Nuremberg adalah pada 1948. Sejak itu, iENA menjadi pelantar kepada jurucipta dari seluruh dunia untuk memperkena­lkan idea-idea baharu mereka.

iENA 2019 adalah ulang tahun ke-70 acara berkenaan dan seramai 800 pencipta dari seluruh dunia telah menyertai pertanding­an itu.

KENANGAN: Delegasi UMS ke iENA 2019 merakamkan gambar kenangan.

PEMENANG UTAMA: Rayner (kiri) dan pembantu penyelidik beliau Rayner Henry memenangi anugerah emas dalam acara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.