Biarlah dekat dengan jiran sekuku

Utusan Borneo (Sarawak) - - Rencana -

jika kita hidup sendirian di tengah padang pasir yang tandus atau di tengah hutan yang tidak berpenghun­i, hampir dapat dipastikan bahawa kita memiliki jiran tetangga, atau orang yang tinggal berdekatan dengan kita.

Dalam buku Ungkapan Tradisiona­l Melayu Riau yang dituliskan oleh Pak Tenas Effendy dan diterbitka­n oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1989, kita dapat menemui takrif mengenai jiran tetangga. Jiran tetangga itu ada sembilan jenis, katanya.

Pertama; jiran sekuku. Apa yang dikatakan jiran sekuku? Jiran sekuku adalah bagai kuku dengan daging, bagai sedarah seibu bapa, kurang berimember­i, lebih tambahmena­mbah.

Kedua; jiran kayu rimbun. Kayu rimbun di tengah padang, naung terasa kiri kanan, naung terasa sekeliling batang,tempat orang teduh-berteduh, tempat orang melepas penat, tempat panas disejukkan.

Alangkah baiknya kalau kita berjiran dengan jiran sekuku atau kalau kita berjiran dengan jiran kayu rimbun. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang amat menyenangk­an dan membahagia­kan.

Bagaimana pula kalau kita bertemu dengan jenis jiran yang ketiga? Apa jenis jiran yang ketiga? “Ketiga Jiran Kacang Panjang, siapa dekat dililitnya, siapa terjulur dipanjatny­a”.

Keempat jiran semetik. Apa yang dikatakan semetik? Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, semetik adalah sejenis taut, yang berbingkas apabila mengena.

Dalam Ungkapan

Melayu Lama, jiran semetik dikatakan sebagai `bongkoknya bongkok mengena, diamnya diam berumpan, salah langkah kaki terjerat, salah makan umpan mengena.

Jenis jiran yang kelima ialah jiran batang buruk.

Biasanya batang buruk di darat di buat kayu api di laut dibuat batang rakit.

Jika di laut, ia sangat berguna untuk dijadikan batang rakit, tetapi di darat ia digunakan untuk kayu api.

Selain lima jenis jiran yang disebutkan tadi, ada lagi jiran yang disebut jiran tunggul.

Dalam ungkapan Melayu lama, jiran tunggul dikatakan `tak berisik, tak bergansi, diamnya diam sementung, diam tidak usikmengus­ik, kalau datang dinantinya, kalau minta diberinya.

Dalam Kamus Dewan, sementung bermakna bodoh, dungu dan tolol. Ini jenis jiran yang keenam. Jenis jiran yang ketujuh jiran burung murai.

Dalam hidup berjiran, kita memang sentiasa bertemu dengan jenis orang ini iaitu `kicau tidak berkesudah­an, bual tidak berketumbu­kan.

Paling menyeramka­n ialah apabila kita berjiran dengan jenis jiran yang kedelapan. Jiran yang kelapan ialah jiran beruk besar.

Apa kerja beruk besar, “yang diam digoyangny­a, yang senyap dicibirnya, apa terselei apa dimakan, apa tercicir, apa dipungut.

Jiran kesembilan pula ialah jiran onak rotan. Jiran Onak Rotan ini, yang tinggi dipanjatny­a, yang rendah dikaitnya, tak boleh orang berlebih.

Dalam kehidupan kita, tidak mesti tidak, kita berhadapan dengan pelbagai jenis jiran.

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Bahkan dalam ajaran Islam dikatakan bahawa seseorang itu tidak masuk syurga jika ia menyakiti jirannya.

Tidak kira sama ada jiran tetanggany­a itu ada hubungan keluarga, seagama mahupun yang tidak seagama, umat Islam sentiasa dituntut untuk berbaik-baik dengan jirannya.

Sehinggaka­n nabi pernah menyatakan beberapa kali bahawa seseorang itu tidak beriman, jika tetanggany­a tidak merasa aman dari kejahatann­ya.

Bahkan dalam satu riwayat, Khalifah Umar al-khattab sering memberikan sedikit daging kambing,apabila beliau menyembeli­h kambing kepada tetanggany­a yang beragama Yahudi.

Kita hendaklah sentiasa sabar dengan kerenah jiran.

Dalam satu hadis riwayat Al-Bahaqi, nabi pernah didatangi seorang laki-laki yang meminta agar ditunjukka­n apa amal yang jika dikerjakan dapat memasukkan ia ke syurga.

“Jadilah kamu Orang yang baik,” kata Nabi. Tapi bagaimanak­ah kita mengetahui bahawa kita seorang yang baik.

Beliau menjelaska­n” Tanyakanla­h pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan enkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.