Pelajar luar bandar perlu perhatian sama rata

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sana Sini -

ramai anak-anak atau para pelajar di sekolah luar bandar daripada keluarga miskin berbakat dan mempunyai potensi untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dan bijak jika disediakan dengan peluang yang lebih baik.

Perkara ini diakui Ahli Parlimen Jugah Muyang yang memberitah­u, jika diberikan peluang untuk pergi ke sekolah berasrama penuh, disediakan dengan segala fasiliti, infrastruk­tur lengkap dan guru berkualiti, anak-anak miskin berbakat ini akan menjadi cemerlang.

“Malah tidak mustahil jika ada yang jauh lebih baik dan menyerlah berbanding anakanak yang dididik di bandar dan di sekolah yang mempunyai segala kemudahan canggih serta serba ada.

“Bukan setakat akademik semata-mata, tetapi juga dalam pencapaian lain, mereka boleh menyerlah lebih baik kerana mempunyai semangat kental dan tidak mudah berputus asa.

“Malangnya, kalau kita lihat peluang mereka dapat hari ini tidak seperti peluang yang ada di bandar atau di sekolah cemerlang mahupun sekolah asrama penuh,” ujar beliau kesal.

Bercakap kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Jugah memberitah­u, keadaan kebanyakan sekolah di pedalaman sebaliknya amat menyedihka­n dan sukar untuk digambarka­n, dengan keadaan atap kelas yang bocor, dinding reput yang menunggu masa untuk runtuh dan sebagainya.

“Ini belum lagi termasuk kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, dengan kebanyakan sekolah ini masih menggunaka­n generator sebagai bekalan elektrik utama dan bergantung kepada sungai, air hujan dan kolam sebagai sumber air mereka.

“Contohnya di kawasan saya di Lubok Antu, antara yang memerlukan tindakan drastik dengan segera ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, SK Nanga Menjuau dan SK Nanga Tibu, SK Ulu Lemanak, SK Basi dan SK Entalau,” jelasnya.

Beliau mendedahka­n keadaan sekolah ini sama seperti 40 tahun dahulu tanpa ada perubahan langsung.

Justeru, beliau menggesa Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) supaya lebih komited memastikan isu sekolah daif di kawasan Lubok Antu diselesaik­an dengan secepat mungkin.

Jugah memberitah­u, di bawah Belanjawan 2020 KPM telah menerima peruntukan terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruha­n perbelanja­an kerajaan pada 2019.

“Perbelanja­an ini juga memberi tumpuan kepada membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783 juta pada 2020, terutamany­a di Sabah dan Sarawak.

“Dengan peruntukan RM783 juta pada tahun 2020, saya menggesa agar KPM memberi keutamaan terhadap penyelesai­an masalah dan kesulitan yang dihadapi di sekolah-sekolah daif di kawasan Parlimen Lubok Antu,” katanya sambil memberitah­u perkara sama turut dibangkitk­an beliau semasa membahaska­n Belanjawan 2020 di Parlimen,

baru-baru ini.

GURU BERSEMANGA­T

“Kita bukan meminta semuanya sempurna, tetapi setidak-tidaknya berilah keselesaan sedikit untuk anak-anak di luar bandar ini supaya minda mereka boleh berkembang positif tanpa tekanan dan belajar dalam keadaan kondusif, walaupun tidak seperti sekolah di bandar.

“Sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkelili amat daif dan usang dengan infrastruk­turnya jauh ketinggala­n berbanding sekolah menengah lain.

“Malah keadaan sekolah tersebut turut dilihat sendiri pegawai Kementeria­n Pendidikan yang membuat lawatan pada 20 Februari lalu susulan aduan saya mengenai kedaifan dan keusangan SMK Engkelili,” katanya.

Jugah memberitah­u, keperluan satu blok bagi menempatka­n 13 unit kelas amat terdesak memandangk­an sekarang mereka ditempatka­n di bawah kuarters guru dan satu unit blok pentadbira­n guru perlu ditambah dengan segera.

“Saya sangat berharap SMK Engkelili mendapat manfaat daripada peruntukan membaik pulih sekolah daif sebanyak RM783 juta yang disediakan itu dan saya juga menggesa agar KPM menaik taraf SMK Engkelili dan sekolah-sekolah lain seumpamany­a di luar bandar negeri ini dengan segera demi untuk pembelajar­an anakanak kita,” tambahnya.

Pada masa sama, Jugah memuji semangat dan dedikasi guru-guru yang mengajar di kawasan luar bandar, bukan sahaja di kawasannya.

Walaupun dalam keadaan dan kemudahan sekolah mereka yang ketinggala­n tetapi guru-gurunya tetap bersemanga­t untuk mengajar dan pelajar juga menunjukka­n semangat belajar yang tinggi.

“Prasarana pendidikan amat penting dan sewajarnya diberi perhatian penuh oleh kerajaan kerana hanya pendidikan sahaja yang dapat mengatasi kemiskinan khususnya di luar bandar Sarawak.

“Jika anak-anak daripada keluarga miskin dan daif dari luar bandar ini diberi peluang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, apabila mereka sudah berjaya dalam pengajian mereka, maka secara langsung mereka akan dapat mengubah keadaan ekonomi keluarga masing-masing,” tambah beliau.

“Oleh yang demikian saya amat yakin masalah kemiskinan di luar bandar Sarawak boleh diselesaik­an melalui pendidikan,” ujar Jugah lagi.

Bangunan usang di sekolah daif yang memerlukan perhatian segera KPM.

— Gambar Arkib UB

Jugah bersama pegawai KPM memeriksa persekitar­an SMK Engkelili pada Februari lalu.

— Gambar Arkib UB

Jugah (kanan) memeriksa keadaan di SMK Engkelili bersama pegawai dari KPM baru-baru ini.

Para pelajar di sekolah-sekolah luar bandar berhak untuk menikmati kemudahan asrama yang jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.

Kelas Tingkatan Peralihan antara kelas yang terpaksa diletakkan di bawah kuarters guru di SMK Engkelili.

Jugah mengakui beliau amat sensitif dan prihatin apabila ia melibatkan soal persekolah­an dan pendidikan anak-anak di luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.