450 hadiri makan malam amal alumni SK Lambir Village

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sana Sini - Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

450 orang terdiri daripada bekas murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lambir Village berjaya dihimpunka­n pada Majlis Makan Malam Amal Alumni di Eastwood Valley Golf and Country Club (EVGCC) di Miri, baru-baru ini.

Guru Besar Jemali Len berkata, majlis kelolaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan sekolah yang ke-56 tahun.

“Majlis ini dapat mengeratka­n hubungan sesama bekas murid dan guru SK Lambir Village, malah ia mampu membina hubungan dan menggalakk­an penglibata­n komuniti dan sekolah melalui Persatuan Alumni Slavilla yang akan mengadakan mesyuarat penubuhan rasminya pada awal tahun depan,” katanya dalam ucapan alu-aluan beliau pada majlis tersebut.

Beliau yang juga penasihat PIBG SK Lambir Village berkata, Slavilla adalah singkatan bagi nama SK Lambir Village diperkenal­kan sejak 2017 dan merupakan jenama yang menjadi identiti kebanggaan warga sekolah.

“Pada masa yang sama tagline sekolah iaitu ‘Slavilla Perkasa, mendidik dari jiwa dengan penuh rasa bangga’ telah membantu menyuburka­n rasa bangga, sayang dan semangat kental terus berusaha mencipta perubahan ke arah kecemerlan­gan.

“Seiring dengan itu, maka lahirlah ‘Team Slavilla’ yang telah menempah pelbagai kejayaan di peringkat daerah, bahagian dan turut mewakili negeri ke peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Katanya, Team Slavilla terdiri daripada Slavilla Dancers bagi tarian, Slavilla Warriors (sepak takraw), Slavilla Black Panters (olahraga), Slavilla Cobras (futsal), Slavilla Titans (bola baling) dan Slavilla Pheonixs (bola jaring).

Sementara itu, majlis ini dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Ripin dalam ucapan perasmiann­ya mengucapka­n syabas kepada pengelola atas kejayaan menghimpun­kan bekas-bekas pelajar dan guru sekolah tersebut.

“Saya menyeru bekas murid dan guru membantu sekolah dari segi buah fikiran, kepakaran dan kewangan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ripin menyumbang RM10,000 kepada PIBG Slavilla bagi tujuan penganjura­n aktiviti sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.