Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-11-09

Ekonomi : 10 : 10

Ekonomi

10\ Ekonomi Sabtu, 9 November 2019 10 Usahawan Mikro Kebajikan dijangka menyertai MITRAF 23 Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri dengan kerjasama Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) akan mengetenga­hkan pelbagai produk makanan dan kraf tangan pada Pesta Usahawan Miri ke-23 (atau MITRAF 23). Dianjurkan oleh See Hua Marketing Sdn Bhd cawangan Miri, pesta ini bakal berlangsun­g dari 21 hingga 24 November bertempat di kompleks beli-belah Permaisuri Imeprial City Mall, sini. Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Pengiran Mohamad Najib bin Pengiran Mohamad, sebanyak 10 usahawan kecil akan mengambil bahagian di mana lima akan menjual pelbagai produk makanan dan selebihnya lagi akan menawarkan produkprod­uk kraf tangan. Produk hasil usaha usahawan makanan adalah umpamanya seperti kuih-muih, kek lapis, kerepek ubi, keropok, biskut manakala hasil kraf tangan seperti kalung manik, gelang dan bakul. Beliau berkata pesta usahawan ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang menjana pendapatan di mana objektif UMK turut serta dalam MITRAF 23 adalah untuk memperkena­lkan produk keluaran golongan sasar. “Para UMK yang menerima bantuan geran pelancaran daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat ) berpotensi untuk menghasilk­an pelbagai produk seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan diri dan keluarga,” katannya. Menurut beliau lagi, pihak JKM ada menyediaka­n geran pelancaran sehingga RM5000 sebagai suntikan modal untuk para penerima bantuan JKM memulakan perniagaan mereka sendiri. “Tujuan geran pelancaran ini adalah untuk melahirkan usahawan dan menambah pendapatan golongan miskin bandar seterusnya meningkatk­an taraf kehidupan mereka,” tambah beliau lagi. “Apabila mereka berjaya memperoleh pendapatan stabil kelak, golongan sasar yang kini bergelar usahawan akan keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan daripada JKM,” katanya. Pesta usahawan empat hari ini memberi ruang dan peluang kepada para UMK untuk bertemu dengan para pelanggan baharu serta mengeratka­n jaringan perniagaan sesama mereka. MIRI:

© PressReader. All rights reserved.