Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-11-09

Tempatan : 5 : 5

Tempatan

Tempatan /5 Sabtu, 9 November 2019 “ 1&34*%"/("/ %6/ ” Allan cadang sekolah vokasional diwujudkan di Kanowit Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong mencadangk­an diwujudkan sekolah vokasional di Kanowit. Allan ketika membahaska­n Belanjawan Sarawak 2020 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata pendidikan adalah penting kepada rakyat di Kanowit. “Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya yang lama boleh digunakan sebagai sekolah vokasional di Kanowit. “Saya berharap kementeria­n yang berkenaan dapat mempertimb­angkan cadangan ini kerana tempatnya yang strategik,” katanya. Terdahulu, Allan turut menarik perhatian kerajaan untuk membantu menambah baik fasiliti SMK Kanowit terutama asrama dan bilik darjahnya. “Para pelajar SMK Kanowit menderita kerana perlu menukar asrama mereka kepada bilik darjah. “Saya menggesa dan merayu kepada kerajaan jika ada cara untuk membantu SMK Kanowit,” ujarnya. Dalam perkembang­an lain, Allan turut mencadangk­an kepada kerajaan negeri dan persekutua­n untuk membina jalan ke Ulu Machan dan Ulu Poi. Dua jalan ini katanya, telah diluluskan di bawah Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah beberapa tahun lalu dan berharap ia diteruskan oleh kerajaan. KUCHING:

© PressReader. All rights reserved.