Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-11-09

Tempatan : 8 : 8

Tempatan

Tempatan 8\ Sabtu, 9 November 2019 Inisiatif ke hadapan pergiat industri perikanan di Bintulu “ ” Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. KEMAS berusaha perbanyak Kelas PLF 2.0 untuk rapatkan jurang buta huruf Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berusaha memperbany­akkan Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) 2.0 untuk merapatkan jurang buta huruf di Daerah Selangau. Pegawai KEMAS Daerah Selangau Dayangku Syariani Awang Jubaidi berkata Kelas PLF 2.0 atau kelas orang dewasa itu membantu 99 peratus peserta menguasai konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. “Daripada pemantauan kita, peserta kelas itu dapat menguasai sekurang-kurangnya 99 peratus konsep 3M. “Ini menunjukka­n prestasi amat baik dengan apa mereka pelajari selama empat bulan,” katanya pada Penutupan Kursus Kecemerlan­gan PLF 2.0 KEMAS P.214 Selangau di sini semalam. Majlis itu disempurna­kan oleh Pengarah KEMAS Sarawak Mohd Zamri Mustajab. Hadir sama Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami dan Penyelia Kanan Perhubunga­n KEMAS Selangau Jinah Mungkil. Menurut Dayangku Syariani, KEMAS Selangau sentiasa berusaha mengurangk­an jurang buta huruf dalam kalangan masyarakat luar bandar. “Kejayaan yang diperolehi ini adalah dengan melihat kepada peserta-peserta Kelas PLF menguasai pendekatan 3M,” katanya sambil menambah Parlimen Selangau mempunyai Kelas PLF 2.0 terbanyak iaitu tujuh kelas dengan 122 peserta. SIBU:

© PressReader. All rights reserved.