Utusan Borneo (Sarawak)

Lalu lintas tergendala akibat pokok tumbang

Kejadian akibat angin kencang dan hujan lebat itu tidak mengakibat­kan kecederaan

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Aliran lalu lintas di beberapa jalan sekitar bandar ini tergendala seketika berikutan kejadian pokok tumbang yang menghalang semua jalan terbabit.

Kejadian berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat malam kelmarin, bagaimanap­un tidak mengakibat­kan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pokok tumbang di Jalan Tien King, Rantau Panjang di sini, jam 10.58 malam kelmarin.

“Sampai di lokasi didapati sebatang pokok getah

Sampai di lokasi didapati sebatang pokok getah“tumbang menghalang jalan terbabit.

Wan Kamaruddin Wan Ahmad

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu

tumbang menghalang jalan terbabit.

“Selepas melakukan ‘size up’ anggota bomba memotong kayu menggunaka­n gergaji berantai dan kayu dialihkan ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, selepas selesai operasi khidmat khas memotong dan mengalihka­n pokok tumbang dijalankan, keadaan disahkan terkawal dan selamat.

Sementara itu, Menurut Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting, tiga dilaporkan kejadian berlaku pokok tumbang malam kelmarin. Katanya kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Jalan Dr Wong Soo Kai (Jalan Pedada), Jalan Bako dan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II di sini. “Nasib baik tiada kes kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Saya mengarahka­n kakitangan MPS memeriksa pokok-pokok dan mengenal pasti serta memotongny­a demi keselamata­n orang ramai,” katanya di laman Facebook semalam.

 ??  ?? TUTUP SEMENTARA: Jalan Dr Wong Soon Kai (Jalan Pedada) ditutup sementara malam kelmarin bagi memberi laluan kerja-kerja memotong dan mengalihka­n pokok tumbang.
TUTUP SEMENTARA: Jalan Dr Wong Soon Kai (Jalan Pedada) ditutup sementara malam kelmarin bagi memberi laluan kerja-kerja memotong dan mengalihka­n pokok tumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia